Monday, January 17, 2011

Kisah Dua Sahabat

Salam.. Coretan kali ini juga bersangkut paut dengan kenangan. Semenjak dua menjak ini,tanganku semakin ghairah mencoretkan isi hatiku. tapi tak mengapalah, aku percaya ada yang sudi membaca.

kali ini lembaran dibuka dengan kisah dua sahabat. Baiklah akan aku ceritakan betapa kasihnya aku dengan sahabat aku yang seorang ini. Semuanya bermula dengan keinginan yang membuak-buak untuk memenangi sahabatku ini. Sahabatku ini bernama Bahas bin Debat dan kami banyak menghabiskan masa di Sekolah kesayanganku SMK Bagan Serai (SMKBS).Bibit-bibit cinta mula timbul apabila aku terasa begitu hampa dengan persembahan seniorku tika di pusingan awal menentang pasukan daripada kalangan pelajar tingkatan 2 @ 3 dari SMK Pekan Baru. betapa aku dapat rasakan aku mampu melakukan dengan lebih baik jika aku di tempat mereka. Tahun seterusnya,aku terpilih bahkan aku sendiri memilih untuk dibariskan bersama dalam pasukan bahas sekolah.Bila berada di tempat yang sama, barulah aku tahu tugas dan amanah itu bukanlah satu tugas yang mudah. Pertemuan pertama memsafkan aku, Sharifah Salwa (awe) dan Siti Saleha (leha),kami bertemu di pusingan awal di sekolah tuan rumah SMK Alang Iskandar.Benarlah,semuanya bukanlah semudah yang diharapkan,malah bukan semua mengikut perancangan. kami kalah.

Di tahun akhir di SMKBS,sekali lagi kami bangkit.namun kali ini sedikit berbeza. Keazaman, kekuatan dan keinginan untuk menebus kekalahan membakar semangat. Kali ini, jemaah pembahas SMKBS dibarisi oleh aku, Siti Nurasma ( ema) n Leha. Segala persiapan dibuat sendiri,pengorbanan besar demi merasai kepuasan. segala persediaan dan latihan adalah di atas usaha kami sendiri.Ikhlas kami katakan guru-guru tak banyak membantu,semuanya dilepaskan ke atas bahu dan pundak kami..Mujur, ada sahabat-sahabat yang begitu setia.Izzatul, Nizam, Rubi, Tajul,Awe,Atie, Atin n lain-lain yang tak tersebut, kami bersedia untuk menggegarkan nama SMKBS di daerah Kerian. Pertemuan pertama membawa kami ke SMK Pekan Baru dan benarlah kalau sudah jodoh tidak kemana,kami bertemu pasukan yang sama. Usulnya kalau tak salah " Hukuman Rotan Membendung Masalah Disiplin di Sekolah".Alhamdulilah,kejayaan kita bersama kawan-kawan. Kita kalahkan pasukan yang sama di rumah mereka sendiri,puas.Bergerak ke pusingan seterusnya,kita kalahkan SMK Selinsing,kalau tak salah la (maaf, terlalu tua di dalam arena debat ini,nyanyuk sudah) dan memperoleh kejayaan sekali lagi dengan dewan sebulat suara menerima usul "Kebanjiran Warga Asing Mengancam Kehidupan Penduduk Malaysia". Dan istilah kemenangan itu berhenti sejurus kita bertemu dengan johan negeri perak bertahun-tahun, SMKA Kerian. Namun semuanya redha dan berpuas hati. cukuplah. Kita sentiasa disakiti ketika itu kan Ema n Leha? ada yang tidak menggemari kita berjasa pada sekolah.Mungkin dia marah kita banyak ponteng kelas kerana aktiviti sebegitu.Biarlah,itu kan tugas dia sebagai pendidik.

Tahun seterusnya,di kala semua orang kerisauan di rumah menunggu keputusan SPM keluar,aku masih di sekolah kesayanganku. Rupanya masih ada yang sayang akan aku. Cikgu Rhodiah Mat Zin memanggil aku untuk melatih pasukan sekolah,tugas kali ini lebih berat, aku diamanahkan untuk menjaga pasukan bahas, debate, pantun, forum, pidato dan Koir sekolah..kelesss kan..Budak yang tidak seberapa pandai inilah yang sanggup berulang-alik ke sekolah. kali ini pasukan bahas dibarisi oleh jemaah menteri-menteri wanita,tandus sudah lelaki-lelaki di SMKBS agaknya. Kali ini pasukan diterajui oleh Norshuhada Abd Ghani ( shu), Fatin Amira (fatin) n Nor atikah ( betty). Sangat kagum dengan anak buahku ini,biarpun diseksa dan dikerjakan cukup-cukup oleh aku,namun hasilnya sangat-sangat membanggakan. Tahukah kalian,apabila cikgu Rhodiah menyampaikan fail bahas dan berita bahawa kalian akan bertemu johan negeri (SMKA Kerian) pada pusingan awal? Perasaan bercampur baur ketika itu,tambahan pula cikgu-cikgu BM hanya lebih suka kita masuk dan sekadar menyertai,namun sebab kalian adalah adik-adikku yang terbaik,aku galaskan kepercayaan itu buat kalian.. Nyata, Tuhan Maha Kaya, siapa sangka, pasukan yang tidak pernah disebut-sebut di dalam daerah Kerian, berjaya mengalahkan pasukan utama negeri perak di pusingan awal. Aku masih dapat membayangkan saat-saat Cikgu Manisah melompat kegirangan tika saat speaker dewan mengumumkan bahawa usul diterima. YA ALLAH, bangganya aku,puasnya aku..hanya itu yang aku mampu rasakan. perjuangan kalian terhenti setelah kita gagal menumpaskan SMK Raja Lope Nur Rashid, namun ingat.Kita adalah pasukan pertama yang menggegarkan daerah Kerian ketika itu,sehingga ketika kalian bertemu dengan Raja Lope, secara- tiba-tiba wujud hakim pemantau..kelesss kan kalian??

Selesai tugasku di saat itu. Dan pada masa yang sama keputusan SPM pun keluar,mungkin tidak sebagus yang lain,namun itulah hadiah terbaik sebelum aku keluar daripada sekolah yang sudah pun berusia lebih daripada 50 tahun itu. Aku dipanggil untuk menerima anugerah kecemerlangan akademik bagi Subjek Kesuluruhan Terbaik untuk Matapelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni. Betapa mimpi menjadi kenyataan, sebelum ini aku hanya seorang penghibur,penghias dewan,pengurus dewan ketika orang lain mengambil hadiah,kali ini,aku sendiri berada sebaris dengan mereka yang pernah aku cemburui itu.

AKu diterima masuk ke tingkatan 6 di SMK Alang Iskandar, namun percayalah,tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Sayang masih mengikat aku ke SMKBS. Ketika di tingkatan 6 atas,hampir setiap petang aku ke SMKBS melatih anak buah bahas yang baru. Nor Shakina(kina)Eliza Illani (Lizz) n Mashitah ( budak sewel), jemaah kali ini juga bagus..baik dan dengar cakap. Yang penting semua dah tahu yang aku semakin garang dari sehari ke sehari..tapi diorang ni semua sayangkan aku..tak berapa ingat pula aku sampai mana diorang perform,tapi sangat-sangat memberangsangkan..Aku puas hati... Dan ade lagi satu team yang aku jaga,tapi ingatan semakin kabur mengenai team itu.maaflah kalian bagus tapi gagal meninggalkan kesan sedalam kakak-kakak kalian.huhu..

Kisah debat ini diteruskan lagi sehingga aku di tahun pertama di USM..namun aku telah temui cinta baru,sahabat baru, iaitu Pantun bin Seloka.Inilah keluargaku yang baru.. kasih berputik sekali lagi dengan family Lestary Cinta. pengalaman baru yang sebenarnya membawa kau ke peringkat yang aku idamkan selama ini,siapa tahu dalam hati ini,aku teringin untuk menjejakkan kaki ke peringkat kebangsaan. Akhirnya team Lestary Cinta menjadi Johan Pesta Pantun MAKUM 2010.Alhamdulilah...

akan aku kisahkan cerita Kisah Keluarga Lestary Cinta di lain lembaran..

pasukan gempak..kalahkan SMKA Kerian di pusingan awal..
Dewan kemahsyuran...

No comments:

Post a Comment