Friday, December 30, 2011

my sweet2 in year 2011....

my sweet2 2011!!

“ Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.”

Sekejap betul dah nak sampai penghujung 2011. Pejam celik pejam celik dah pun hari-hari terakhir pada tahun ni. Banyak betul kenangan pahit manis, masam masin n suka duka tahun ni. But, yang pahit-pahit ni kita simpan & jadikan pengajaran and yang manis-manis ni kita bawa as semangat untuk tahun-tahun yang mendatang.

Ok,this article will be on sweet-sweet memories sepanjang 2011 ni.. omaigoshhhh.. sangat banyak yang manis-manis sepanjang tahun ni.. I don’t list down all sweet-sweet ni accordingly or ikut certain sequence.. yang mane rasa teringat iolss letak la..

Ok..lets begin!!

1. Of course la my convocation…

Alhamdulilah..bergraduasi jugak akhirnya. Teringat lagi tyme form 6.. pernah cakap dengan mak, biarlah adik ( nama timang2an saya) merangkak sekalipun, adik tetap nak masuk universiti. Syukur,walaupun target asal nak masuk UKM sebab nak dok area KL ( niat nak belajar clubbing n so on. Tak baik kan??) rupanya Tuhan dah aturkan yang lebih baik dari itu. Aku diterima masuk Universiti Sains Malaysia. . Tuhan saja tahu betapa bersyukurnya aku dapat masuk universiti paling vogue ni. Macam-macam aku belajar sepanjang kat USM. Paling penting tuhan temukan dengan kawan-kawan yang sungguh sempurna…

Tanggal 24th September 2011 , bersaksikan orang-orang tersayang di dewan kemasyhuran Dewan Tunku Syed Putera USM, aku berkonvokesyen mengikut masa yang sebetulnya.

2. Johan Pesta Pantun Antara Desasiswa (PADU) USM 2011..

Pantun..yesssss. pantun..dulu tyme kat sekolah juz wakil sekolah n selalu kalah kat pusingan awal. Hahaha.. lagipun tyme tu semua PA WAU LAM WAU NUN (pulun) nak buat. Bahas la, pidato la, forum,pantun, puisidra,koir n lain-lain lagi.. Asyik-asyik muka aku ja.. Well, dah merk hayam tambatan sekolah kanzzz..

Tahun 2010 permulaan pantun dalam arena universiti. Tyme tu wakil desasiswa Restu untuk PADU 2010. 1st time. Nevesss and tingtong.. Rasenye time tu mesti semua gelak kat aku coz pemantun versi nonoxxx ( azmi mesti suka statement ni).. yang bangganya 1st round lawan pantun,dapat pemantun terbaik.. kelesssss sgt rasanya..rupanya xde rezeki..kalah dengan markah kami lebih dari pihak lawan ( sentapppppp).. hahaha…

Tahun 2011 aku try lagi sekali. Kali ni aku jadi ketua pasukan.. time ni ade Gee, ade yah, dila n umi.. Kak As, Maktok, Azmi, kak Syaza n abg din jadi jurulatih.. Alhamdulilah Johan jugak.. n paling penting menang dari 1st round sampai final.. Rezeki sangat..

3. Johan Pesta Pantun Bestari UM 2011

Harap maklum yer..ni bukan entri nak riak2..just nak share je my sweet2 2011.. Bercakap tentang Pantun Bestari.. even ramai yang anggap kami team yang kuat, but diorg kene tau kitaorg team yg johan pada 2011, kitaorang penah kalah pada 2010.. yuppsss penah kalah.. tapi sebab kekalahan tu la kami bangun balik pada makum 2010,alhamdulillah Johan.

Apa yang best tentang bestari 2011, hmmmmmmmmmmmm.ape ehh?? Oh yaaa.. pertandingan kali ni berbeza.. ade 7 saringan yang dasyat2.. malah time ni aku nyaris digugurkan dari jadi team yang bertanding sebab feeling2 hot.hahhaa… akan jadi pengajaran sampai bila2..

Time ni betul2 rase macam nak pergi berperang… berkat usaha semua orang jurulatih n pemantun, kami semua johan..bukan sebab kami senior.. rasenye saat berpantun tak kiralah di dalam USM n arena Inter-varsiti akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Buah pauh di hujung desa,

Sama berangan simpan di peti,

Walau jauh ditinggal masa,

Mekar kenangan di ranting hati.

first time masuk paper!! berita harian ok!!

4. Menang Pasukan Sorak time TOT 2011…

Serve kali2!! Serve satu kali..serve dua kali… serve kali2 kali2 kali2…

Restu di Restu Va, restu Diva...

Siyesssssssly aku akan rindu2an pasukan diva-diva hot sorak Restu!! Sebenarnya selama 3 tahun aku kat USM ni, kami Johan 3 tahun berturut2.. but then.. hahahaha.faham je la kan..hikssssss.. ape yang sweet ttg pasukan sorak Restu.. well.. semuanya sweet2.. tu jer.. sweetie2 mcam weolss mmg sweet atas pavilion n kat khemah time TOT…sebab tu bila weolss sorak, ramai yang masam mencuka.. hahahahha..

Sangat banyak lagu sorak yang akan menjadi lagu2 time bosan2.. time layan video2 sorak.. I will miss all of you gurlsssss….

Thanksss to akak2 yang invite weolsss masuk..kak shidah,kak GG, kak ma, Kak wawa, hakak daus. OOopssssssssss. salah la..hiksss. hampunnn Cinderella..

5. Dapat pegi AJL n tgk Tok Ti secara Live!!!

Ohh well… ni best!! Thanksssss to abg rudy.. dapat gak tgk AJL secara live.. kak Jumie sangat lah iri hati dgn weolsss time ni.sampai weollss call nk bagi die jeless die xnak angkat..

Hmmmm..time g tgk AJL ni, dapat berkampung n masak2 kat umah abg rudy...thankss to Maktok yang sgtlah sporting membawa chuchu maktok ke KL… dapat pulak tiket VIP..hahaha.. kalau dh rezeki tuhan nak bagi..tak ke mana..

Layanssssssss.. ( rambut pun meletoppss lagi time ni)…..

6. Dijemput jadi Ketua Fasilitator untuk budak form 6..

Fuhhhhhhhh.. time dapat call dari cikgu Shikin fasal benda ni.. rase macam nak tergelak pun ade.. hahaha.. aku jadi ketua fasilitator untuk budak form 6 kat SMKAI. Bagai sirih pulang ke gagang.. I don’t want to comment much about this.. lg pun xde la hebat mane pun..kebetulan dh xde org lain time masa program motivasi tu..hehehe…but it is was sweet as kalau people tau my history kat sekolah tu..they will definitely say.. OMG!!

7. Dapat berjimba-jimba dengan BFF..

Aku cari buah hati aku si shahidi ni since form 5 , tahun 2005.. last2 jumpak jugak die kat penang.. he inspires me so much!! Rasenye cikgu Sani, cikgu2 disiplin n cikgu2 yg kenal sheh tak kan expect where sheh stands today… die pun cakap, why aku still nak kawan dengan dgn die even aku dari class yang lain.. but then aku dari dulu x penah choosy in making frens.. org nk kawan dgn aku.aku kwn la seikhlasnya..

Time berjimba-jimba dgn shahidi kali ni, iolss ditemani oleh nazirah halim... and i am fully sponsored by them oke..semua orang sayang aku hokeyy... weolss bermadu. Hahahahhaa.. n segala harta milik sheh ni,weolsss dah awal2 tukaq nama weolss berdua.. jahat x??hahahahah…. now he is in Mecca. ..insyaALLAH tahun depan dia balik untuk bernikah dgn madu kami lagi sorang..huhuhu….

8. Mcm-mcm lagi sweet2 2011...

Rasenye kalau dilistkan semua yg manis2 dalam 2011.. sebulan lepas dh nak kene mula menaip dah..but then ade few things yg terpaksa di simpan dalam hati sebab x semua rase benda tu manis..gtuuuuu...

okiess ade la 2 3 benda yg teringat2 sepanjang 2011...

berlakon teater , pementasan Othello di tahun akhir..

Photoshoot dengan geng2 restu!!

sambut birthday Kak As, Azmi n Kak Syaza.. ingatkan dah tua..tapi rebut nak tiup lilin mcm budak2....

hmmmmmmmmmmmmm..tak bercakap tentang cinta pun kan dalam tahun ni... tahun ni mcm biasa..i have no luck in love.. dia datang n pergi..and aku?? ade aku kesah?? patah tumbuh hilang berganti lah uolsss..

welcome 2012..semoga tahun2 yang mendatang kita dikurniakan dengan sepenuh nikmat kurnia n rahmat ALLAH swt...aminnnn....



Saturday, December 3, 2011

Ulasan Filem ~ Ombak Rindu ~

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku

Bait-bait lagu ombak rindu nyanyian Hafiz dan Adira bergema hampir setiap masa sepanjang filem ‘Ombak Rindu” membuatkan ‘feel’ terbuai-buai. Hari ini 3/12/2011, memang sengaja saya memilih dan menunggu untuk membuat ulasan mengenai karya hebat di penghujung tahun 2011, ‘Ombak Rindu”.

Baiklah, sebelum bermula ulasan ini, sebagai sebuah karya yang diterjemah dari sebuah novel ke sebuah lakon layar yang menjelma di panggung, adalah lebih baik tiada perbandingan dibuat oleh para penonton. Sebagai penonton anda tidak akan merasai apa yang dirasai oleh pembaca. Malah, apa yang dirasakan oleh pembaca adalah berbeza-beza mengikut interpretasi secara individual. Hal ini menjadi isu saban kali setiap karya yang dihasilkan dalam bentuk penulisan dan dibawa ke dalam bentuk visual/lakonan, masyarakat menghukum filem di layar tidak menepati cita rasa dan gambaran yang muncul di layar imaginasi mereka. Hal ini mudah, andai anda menikmati sesebuah bahan bacaan, anda membayangkan situasi mengikut kehendak hati dan nafsu anda sendiri. Tapi apabila ia difilemkan dan dilakonkan kembali, ia lebih mengikut kehendak dan rasa yang diterjemah oleh pengarah dan penulis skrip. Saya berasa agak mual dengan penonton yang pernah membaca karya asal kemudian menzahirkan rasa tidak puas hati kerana ia tidak menepati cita rasa mereka. Nasihat saya mudah, buat produksi sendiri dan bikin filem sendiri. Cubalah jadi manusia berintelek yang mampu merasa kehebatan karya ini melalui kedua-dua medium sama ada novel mahupun filem. Perbandingan antara kedua adalah tidak adil kerana novel dan filem adalah dua elemen yang berbeza.

Pertama sekali, ikhlas saya akui, saya berusaha untuk menonton filem ini dan hanya berkesempatan menikmati ‘ karya agung’ ini pada hari kedua tayangan. Semenjak filem hebat ini diuar-uarkan di media, hati sudah diombak dan dibadai. Mendengar pada nama pengarah filem ‘Ombak Rindu’ ini sahaja sudah membuatkan saya tidak sabar untuk menikmati ‘santapan diraja’ hasil air tangan Osman Ali. Tambahan pula, filem ini diwarnai oleh bakat-bakat hebat tanahair, kehadiran pelakon ‘A-List” seperti Maya Karin membuatkan filem ini menjadi kewajipan untuk ditonton. Malah, kehadiran hero yang tengah panas, Aaron Aziz juga menambah rempah ratus di dalam filem ini. Begitu juga dengan kewujudan Lisa Surihani dan Bront Palare. Selain itu, ‘Ombak Rindu’ turut dibintangi Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Julia Ziegler dan lain-lain.

Secara ringkas, kisah ini adalah cinta antara Hariz dan Izzah, dua insan yang lahir dari dua dunia yang berbeza, kisah perjalanan izzah yang menjadi seorang ustazah yang mengajar anak-anak kampung mengaji Al-Quran, dilacurkan oleh pakciknya sendiri, dikerjakan oleh Hariz lalu dibeli untuk dijadikan perempuan simpanan, akhirnya bernikah dan timbullah bibit-bibit sayang. Kehadiran Mila dalam filem ini menambahkan konflik di mana dia dan Hariz dipaksa berkahwin. Kemudian kehadiran Mail pula menjadikan fitnah daripada ibu Hariz menjadi dan menambahkan konflik. Saya tidak mahu bercerita lebih panjang kerana bagi saya anda tidak akan mengalami ombak dan badai itu sekiranya anda tidak berada di dalam panggung dan menyaksikan sendiri garapan kemas Osman Ali. Sudah karya hebat, diterjemah pula oleh orang-orang hebat, dibawakan pula pelakon-pelakon hebat. Ia Ibarat seketul permata bernilai, diberikan pula pada pencanai yang sangat mahir, kemudian diperagakan oleh ‘supermodel’ hebat di dunia. Tentulah ia kelihatan hebat dan menarik perhatian. Analogi yang senang untuk difahami. Jadi tidaklah perlu untuk diceritakan secara detail sentuhan-sentuhan magis Osman Ali di dalam ’Ombak Rindu’. Secara keseluruhannya, ia sebuah filem yang kemas, meruntun dan ia bersifat realisme. Mungkin tak ramai yang menyedari kehadiran aliran realisme dalam garapan Osman Ali, di mana aliran realisme ini mendekatkan lagi karya itu di hati penonton. sebagai contoh kecil yang mungkin terlepas pandang, kemeja rona biru berkedut yang dipakai oleh Mail ketika menghantar Izzah di stesen kereta api. Kisah cinta pemuda kampung dengan gadis kampung diterjemah dengan baik tanpa mengetepikan unsur-unsur realistik situasi yang sebenar. Sebab inilah saya meminati karya-karya Osman Ali. Cita rasa dan ketelitian yang bernilai dalam industri perfileman negara. Lupakan kepanasan babak-babak di ranjang antara Hariz dan Izzah, dapatkan rasa bagaimana seseorang itu terpaksa berkongsi tubuh pada yang bukan hak. Tak perlulah diperbesar-besarkan isu panas yang remeh dan temeh sebegitu.

hariz dan Izzah

Tak perlu saya mengulas berkali-kali tentang kekuatan cerita ini, tidak kiralah dari bentuk penulisan mahupun terjemahan di layar panggung. Memang karya ini hebat. Oleh itu saya lebih berminat untuk mengulas tentang hasil lakonan pelakon-pelakon hebat di dalam filem ini. Jujur, saya mengalirkan air mata jantan ini beberapa kali ketika dibadai ‘ombak Rindu’.

Kita bermula dengan watak Izzah yang dibawa dengan penuh jujur dan baik oleh Maya karin. Selayaknya Primadona ini dipilih bagi menggalas watak yang sangat mencabar. Inilah kehebatan Maya Karin, Puntianak dalam PHSM I & II, gadis Melayu dalam Hati Malaya, Ariana dalam Waris Jari Hantu , Bella dalam Pisau Cukur dan lain-lain watak, beliau tidak pernah mengecewakan saya. Pembawaan yang sungguh realistik dari Maya Karin ke dalam jiwa Izzah begitu menjadi. Jujurnya riak muka, gerak tubuh dan lafaz kata-kata membuatkan saya tidak mengingati nama Maya Karin, saya merasakan bahawa Izzah yang sedang membawa dirinya di dalam layar. Hebat bukan penangan pelakon kacukan ini? Kesabaran, kesedihan, kepahitan, kesengsaraan, kebahagiaan, kegembiraan dan lain-lain perasaan hidup dibawa oleh Maya Karin. Getar dan getap bibir Izzah ketika menahan perasaan yang terpendam membuatkan air mata saya bertakung. Maya Karin berjaya menghasilkan elemen ketenangan dalam diri Izzah. Bayangkan, bagaimana jiwa seorang ustazah yang mengajar Al-Quran diseret ke kancah pelacuran, dari kampung ditinggalkan di tengah kota, dari seorang anak dara dibeli untuk memuaskan nafsu seorang lelaki yang akhirnya dirayu menjadi suami demi mendapatkan redha Allah. Tenangnya Izzah bila berhadapan dengan Mila yang juga merupakan madunya. Tenangnya Izzah apabila dihalau oleh Ibu Hariz. Kesimpulannya ,lakonan Maya Karin sebagai Izzah di dalam ‘Ombak Rindu’ tak perlu dipertikaikan lagi dan harus diberi pujian. Well done Maya!!

Izzah

Watak Hariz yang dilakonkan oleh Aaron Aziz memang menjadi. Malah, akan menjadi sebutan dan sebutan sekalian wanita yang melihat. Wataknya tak terlalu mencuba, itulah magisnya. Hariz seorang usahawan muda yang kaki perempuan, akhirnya tumpas dengan seorang gadis dari kampung. Apa yang menarik, kerana kekuatan yang dibawa oleh Izzah, saya dapat merasakan runtuhnya ego lelaki yang bernama Hariz. Disebalik ketegasan Hariz, ada perasaaan sayang dan kasih. Ini yang memahalkan lakonan Aaron Aziz di dalam ‘Ombak Rindu’. Beberapa adegan yang menggegarkan hati wanita apabila Hariz menzahirkan rasa cinta dia pada Izzah. Lakonannya juga realiastik, pilihan yang tepat. Saya kira apabila saya gagal mencari pengganti Aaron Aziz untuk watak Hariz, bermakna beliau berjaya melahirkan Hariz di dalam dirinya. Hariz berjaya dibentuk dan diterjemahkan dengan baik, ditambah dengan kehadiran Mila dan Ibunya sendiri yang membuatkan watak Hariz menjadi. Apa yang menarik, saya teruja melihat Hariz menitiskan air mata yang turut memberikan kesan hebat dalam filem ini.

Mila pula dibawa dengan jayanya oleh Lisa Surihani. Saya percaya banyak yang dilakukan oleh Lisa untuk membawa watak Mila di dalam cerita ini. Cuma impak yang diberikan oleh Mila di dalam cerita ini tidak lah begitu memberi sesuatu. Sekadar penghias bagi saya. Menjadi seorang artis yang mempunyai peminat bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk Lisa, jadi mudah baginya membawa watak Mila, efek kedivaannya kurang asam dan garam, menyebabkan saya tidak dapat rasakan pengaruh kuatnya sebagai seorang yang ternama yang memaksa Hariz menikahinya. Bukanlah Lisa gagal, cuma mungkin tidak diserlahkan aura artis terkenal di dalam filem ini. Cuma saya tersentuh dengan pendirian yang wujud dalam diri Mila di saat-saat penghujung filem ini.

Mila

Watak mail walaupun muncul sekali skala, namun pujian harus diberikan pada Bront Palare, terbukti beliau memang pelakon yang hebat. Saya dapat merasai jiwa yang meronta-ronta cintakan Izzah. Pemuda kampung yang kacak ini pandai bermain dengan mimik muka disamping tone suara yang garau dan besar, membuatkan dia sedikit sebanyak memberi kesan di dalam filem ini. Hebat lakonan Bront, saya simpulkan, dia memang berbakat besar.

Izzah dan Mail

Watak lain yang muncul Ibu Sufiyah, Pak Dollah dan Mak Jah dan lain-lain sekadar bahagian-bahagian 'jigsaw puzzle' yang melengkapkan ‘ Ombak Rindu’. Saya pernah berjumpa dengan Zaidi Omar yang melakonkan watak Pak Dollah, beliau adalah beliau,punyai kelas lakonan yang tersendiri. Penghayatan yang tersendiri.

Akhir kata sebelum ditutup baris kata dalam ulasan ini, ‘Ombak Rindu’ adalah naskhah pembacaan yang bagus dan hebat. Begitu juga selepas ia diterjemahkan dan diinterpretasikan ke dalam bentuk filem. Bukan mudah untuk menghasilkan naskhah sebegini hebat, tapi jangan lupa, bukan mudah juga untuk menjadikan naskhah itu ke dalam bentuk lakon layar dan skrip. Malah, bukan mudah untuk menterjemah lapisan-lapisan skrip ke dalam bentuk perasaaan untuk dilakonkan. Usah jadi seperti katak yang terkurung di dalam tempurung yang tersimpan di dalam kotak di dalam sebuah gaung. Lihat dan tonton berbeza dengan membaca dan membayangkan. Selamat ber‘ombak rindu’ di panggung!!

Ahmad Dhamiri

i dreamed a dream..

AHMAD DHAMIRI

Everything looked radiant in the early morning, the sunlight streamed through the open window and there was a glow in the room. The plants in the garden glistened with dew drops and seemed as if they were bathing in the morning sun. A gentle wind was blowing and the tall coconut trees were dancing to the rhythm of the wind. It was the fruit season. The wind carried the strong smell of durians and other fruity aromas.

It was 7.45am and it was Wednesday. From the corner of yellowish-coloured building, a slim-waisted lady walked slowly and her colourful floral and embroidered red kebarung approached the door of the class. The smell of minyak atar was engulfed all along the way she walked through.

“ Good morning children, Assalamualaikum. How are you today?

“ Waalaikumussalam teacher ”. The roaring class replied.

“ By the way, I have forms for the essay Competition held by Air Asia in conjunction with its anniversary. If anyone of you interested, you may come to the front and take the form here.”

The soft spoken Pn. Aminah Taslim told the standard four pupils of Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Koyan, Kuala Lipis. A remote school somewhere in Pahang.

“ I want to take part! ” a pupil shouted and his voice dispersed in the tremendous noisiness of Enam Cemara.

“ I want too. We all want to take part!” the other pupils stand and throw their intention to the 42 years old teacher.

“ Urrrrmmmm. Teacher. May I take part? ” . Dhamiri came forwarded.

“ What? Dhamiri wants to write an essay? ” a pupil asked. “ What a joke..urghhh..”

For Dhamiri, the class has turned into a big court, a grim and earnest place. The people surround him eagerly asking and tormenting him as if he is that stupid.

“ Dhamiri cannot write and read”. They shouted without seeing and sensing Dhamiri’s despondency and tears.

“ Oh God, He can’t even spell ‘aeroplane’ and he wants to write an essay? , another chuckled.

“ Ahmad Dhamiri is so bodoh, he cannot read and write. Nobody wants to kawan with him”, the whole class joined together teasing, taunting an orphaned, poor, illiterate boy named Ahmad Dhamiri.

“ Stop it! Let him try. Dhamiri, come and take the form” , Pn Aminah pacified the roaring class.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahmad Dhamiri Dharma was an orphaned, poor boy. His parent were killed in a tragic accident 11 years ago. His grandmother told him that his parent were on their way to send their ‘ ubi kayu’ to other village. Since then dhamiri was raised by his sickly mother.

Dhamiri is a unique name. It is a combination of his father’s and his mother’s names. His father’s name was Dharma, he was an Indonesian who illegally settled in Malaysia, whereas his mother’s name was Seri. Both of them worked as farmers.

Being old and poor, the grandmother had little to offer Dhamiri. As such, he did do well in school. While other children enjoyed reading folktales and stories, Dhamiri could hardly read. In spite of this, Dhamiri has ambitions. He knows that he is ambitious. Deep down in his heart, he has a blazing, fiery determination to be somebody.

Ari, eat your rice and then you can have a short nap. Do not mind what other children say”, Opah consoled him. Dhamiri cried bitterly when all his friends teased him in the class that morning. With the form firmly clutched in his thin little hand, Dhamiri dozed off to sleep.

“ Welcome abroad ladies and Gentlemen. Air Asia crew convey our warmest thanks for choosing Air Asia for your flight today. With Air Asia, Now everyone can fly. Ten minutes from now, this airplane will take off. I kindly remind ladies and gentlemen to fasten your seatbelts. Seat back and relax”.

There was a thundering sound as the majestic plane swerved upward into the cloudy, blue skies. I looked through the round glass window and I saw thick cloud. The patches of the cloudy white clouds reminded me of the Param’s ABC that my schoolmates used to drink after school. In a moment, a courteous stewardess brought in cold drinks and tasty food for all Air Asia passengers on board. Never in my life had I seen such beautifully served food.

I wondering alone, murmuring close to myself. “ can I take the tiny, colourful umbrella on the glass? Can I taste the sugary, creamy flowers on the cake?? I don’t know…”, Dhamiri was in his dream on the prestigious plane flawlessly reputed to conquer the wide borderless skies.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The wind was strong and the tempest was high. Bright flashes of lightning lit up the dark skies and this was immediately followed by deafening blasts of thunder. Subsequently a heavy rain cascaded down in a torrent. Apparently, soon there will be a flood in this remote village as the sungai Pahang will be over-load.

“Dhamiri, get up Cu. Pack up. We must leave. Everybody has left long ago. Come on son.” the grandmother shook the sleepy boy.

“ Mak Piah, hurry up. Get into the boat. The water is drifting your house”, a villager called out.

The wrinkled, shaky old hand took a firm grip of her grandson’s hand as she led the half-awake boy to the boat.

“ What is that Cu? The paper in your hand?” Mak Piah asked Dhamiri.

“ The essay form, opah” . Dhamiri answered in a monotonous tone.

Dhamiri looked down to the watery muddy flood to bury his fiery determination to participate the essay competition. Hid determination and the fact that he could not read and write conflicted strongly. Finally, cold tears of an orphaned poor boy dropped down his bony cheeks. The tempest was high, the wind was strong and a heavy rain cascaded endlessly, full of fury.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“ Ladies and gentlemen, I would like to introduce our new staff in this Air Asia Malaysia. It is my privilege to introduce you the new captain of the pilots ~ Mr. Dhamiri Dharma. Mr Dhamiri, we welcome you to Air Asia. All staff and crew, Mr Dhamiri is a reputable pilot captain, he has flown 747 Jumbo Jet of Singapore Airline System for the past five years and he was graduated from……….”

The flood in Kampung Sungai Koyan became worst every passing hours. By midnight the whole village was submerged by water. Realising the fate that had befallen the people of Kampung Sungai Koyan, help kept pouring in. At this time, a renowned, wealthy politician, Dato’ Basiron Kamal Affendi set foot to the devastated village to give his sincere donation. As, fated he laid eyes on a poor, orphaned boy named Ahamd Dhamiri. The altruistic politician decided to adopt the the orphaned boy since he himself was once parentless too. The event marked the changing of a life course. It was an epiphany of how life can be changed in second with the love of God. Since then a new life was bestowed, being brought up by a rich politician. Dato’ Basiron could truly foresee the hidden potential within the orphaned boy. His conscience, his instinct was never wrong.

Everything looked radiant in the early, the sunlight streamed through the open window and there was a glow in the room. Outside, the plants in the garden glistened with dew drops and seemed as if they were bathing in the early morning sun. from the window, Dhamiri could see his sons were playing under the Chempedak tree in front of his old house, but this time the house was the biggest house in the village. And not to be forgotten , the school change the name of their library to the ‘Pusat Sumber Dhamiri Basiron”, as the place fully sponsored by him. Dhamiri believe his fated fate is to help others, so no one can laugh at others as once people did to him...

Movie Review ~ Soldier's Girl

This is my first time buat review on movie. Selalunya just post short summary kat wall after tengok wayang. Review kali ini bukanlah tentang filem yang sedang hangat ditayangkan di panggung. But cerita yang tersimpan di dalam external aku setelah sekian lama. Kali ini aku memilih cerita ‘Soldier’s Girl’ as my first movie review. Asalnya aku tak tahu menahu tentang cerita ini. Pada satu ketika, Abg Rudy memberitahu mengenai perihal bagusnya filem ini. Tak beberapa lama kemudian, aku mendapat tahu yang kak kashmar mempunyai salinan filem ini. Terus aku copy and save elok-elok dalam simpanan aku. Sudah beberapa kali aku melihat cerita ini. Pada mulanya aku melihat watak ‘Calpernia Addams’ ini adalah semulajadinya wanita jadian yang sudah fully-constructed. Telahan aku telah disangkal oleh abg Rudy, menurut Abg Rudy, lakonan watak mak nyah itu adalah dari seorang lelaki yang lelaki. Dun worry, I will provide some pictures so you guys will understand what I am talking about. Aku telah membuat sedikit research untuk review kali ini.

Soldier's Girl

Soldier's Girl is a 2003 drama film produced by Showtime. It is based on a true story: the relationship between Barry Winchell and Calpernia Addams and the events that led up to Barry's murder by fellow soldiers. It was written by Ron Nyswaner and directed by Frank R. Pierson, with Barclay Hope starring as Howard Paxton, Troy Garity starring as Barry, and Lee Pace starring as Calpernia. Filem ini telah menerima beberapa pencalonan dan memenangi beberapa anugerah di Emmy, Golden Globe dan beberapa anugerah utama. Filem ini menerima anugerah Outstanding Movie, Miniseries or Special di Television Critics Association Awards.

Calpernia Addams dan Barry Winchell

Baiklah, we start with the story.Setelah ditelaah beberapa kali, ‘Soldier’s Girl’ adalah sebuah kisah percintaan antara dua figura, Calpernia Addams dan Barry Winchell. Calpernia adalah seorang showgirl dan Barry is a soldier. Kisah ini mengangkat tema cinta antara lelaki dan lelaki berdasarkan kisah benar. Konflik yang timbul adalah golongan gay tidak dibenarkan berada dalam institusi ketenteraan. Selain itu,ia mengetengahkan isu bagaimana barry hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran ketenteraan dan kecelaruan identiti yang baru tercetus. Disaat cinta antara Barry dan Calpernia sedang mekar berbunga, Barry dibunuh oleh teman tenteranya.

Barry Winchell and Calpernia Addams

Quoted from one of film critics, “The way the movie introduces negativity in a military atmosphere, “Hits the nail on the head”, for a lack of better words; it looks at how groups of straight men criticize, gay men simply because they like the same sex and they exist in smaller quantities.”

“Soldier’s Girl uses topics such as homosexual identity, gays in the military, and normal and transsexual love to convey to its audience that, when it comes to matters of the heart, love knows no stipulations.”

“Nonetheless, Soldiers Girl is the perfect “4 Star” movie to please those looking for a different understanding of romance and an ever-existing battle with sexual and personal identity.”

Back to the story, there are few points yang membuatkan cerita ini bagus pada pandangan saya sebagai penonton. Firstly, cerita yang berdasarkan kisah benar ini mengangkat tema biasa iaitu cinta tapi dalam dimensi yang berlainan. Kisah cinta seorang showgirl dengan seorang tentera yang baru mengetahui orientasi seksualnya. Dibebani dengan tekanan sebagai seorang showgirl yang sebenarnya milik orang ramai dan para peminat dan ditambah pula tekanan sebagai seorang tentera lelaki yang terpaksa memendam nafsu batin kepada seorang lelaki lain disebabkan polisi ketenteraan.

Barry Winchell with his murderer.

Selain itu, filem ini dicorakkan dengan lakonan yang sangat mantap, terutamanya watak Calpernia Addams yang mempunyai emosi perempuan yang tulen. Bagi saya, ia adalah kekuatan utama dalam filem ini. Lakonan yang sangat in-character!! pergerakan, suara, emosi dan lain-lain dikawal dan dibawa secara semulajadi oleh Lee Pace. Kita dapat merasakan kehendak dan keinginan seorang trans-gender/ trans- sexual di dalam kehidupan mereka melalui cerita ini. Betapa Calpernia Addams mendambakan sisi kehidupan yang normal seperti insan lain. Pergerakan atau perjalanan cinta mereka tidak begitu susah,namun dalamnya cinta antara mereka terpancar hanya dengan pandangan mata antara Barry Winchell dan Calpernia Addams. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya pada mulanya percaya bahawa watak Calpernia Addams dibawa oleh seorang yang betul-betul maknyah, seorang lelaki yang benar-benar mempunyai naluri seorang perempuan. Kita tolak ketepi penampilan fizikal ( payu-dara yang sangat real), watak ini sangat berkesan dalam menunjukkan perasaan sebenar seorang maknyah. Watak ini dibawa oleh seorang pelakon lelaki yang lelaki. Lakonan beliau sebagai Calpernia Addams adalah sangat menakjubkan.

This is Lee Pace

Sesi menjadikan Lee Pace as Calpernia Addams

This is Calpernia Addams as showgirl

Calpernia Addams as her true self

Memang selayaknya dia merangkul beberapa anugerah atas lakonan mantap beliau, antara anugerah tersebut ialah Best Male Lead di Independent Spirit Awards, Best Performance by an Actor in a Miniseries or a Motion Picture Made for Television di Satellite Award, dan Best Performance by an Actor in a Supporting Role in a Series, Mini-Series or Motion Picture Made for Television di Golden Globe.

Cara pembawaan tema dalam filem ini juga merupakan salah satu kekuatan dalam Soldier's Girl.Mungkin setengah orang akan beranggapan,kisah cinta adalah kisah paling senang untuk digarap dan paling ringan. Bagi saya, cinta adalah bahan biasa, tapi bagaimana sesebuah cerita itu dapat menyentuh hati penonton sebenarnya lebih penting dari tema. Kisah cinta yang sangat stereotype ; kisah cinta antara dua insan kaya & miskin. Dah macam nak termuntah bila kita dengar cerita yang bertemakan sebegitu.Bermula dari kecil,kita disogokkan cerita-cerita sebegitu. Contoh mudah, Cinderella, Bawang Putih & Bawang Merah, dan beberapa lagi. Tapi bagi saya sebenarnya, cara pencorakkan sesebuah cerita itu yang penting. Kita ambil contoh kisah Titanic, percintaan antara Jack an Rose juga membawa tema cinta golongan bangsawan dengan si miskin. Tetapi mengapa kesan dari cinta mereka mampu menyentuh hati kita. Begitu juga di dalam filem hebat ' Memoirs of Geisha', kisahnya mengenai gadis pelayan yang jatuh cinta pandang pertama pada seorang bangsawan. Sekali lagi tema yang sama.Benar bukan? Tapi bagaimana kisah cinta si gadis pelayan ini begitu memberi kesan kepada penonton. Sehingga ada yang sanggup ke kedai buku mencari cerita ini dalam bentuk tulisan supaya dapat merasa cinta gadis pelayan yang bernama Sayuri itu. Ini sebenarnya yang kita patut lihat dalam menghasilkan sesuatu karya. Kelainan sesuatu corak cerita itu yang membuatkan sesuatu karya itu agung.

* Saya rasa hal ini yang membuatkan saya berasa mual dan loya dengan filem-filem tempatan yang tidak pernah mempunyai nilai untuk diangkat sebagai sebuah karya. Saya tidak berharap yang kita menpunyai berpuluh orang pengarah sehebat Yasmin Ahmad, tapi janganlah demi mengaut untung berganda, mengejar nilai berjuta-juta dari pungutan tiket panggung, kita sanggup menayangkan sampah di layar perak pada masyarakat. Melalui layar perak kita mendidik masyarakat menghargai seni, tapi andai tiada nilai seni dalam cerita yang disogokkan pada penonton adalah lebih baik kita sedekahkan wang bagi produksi sesebuah filem itu pada badan-badan yang memerlukan..

Last but not least, sebenarnya masih banyak yang boleh diperincikan dalam cerita ini, namun apalah erti penulisan ini kalau anda tidak merasa sendiri pengalaman cinta Calpernia Addams dan Barry Winchell. Keserasian, keintiman, kesusahan dan kehilangan adalah antara elemen yang menjadikan cerita ini patut ditonton. It moves you, it captivates your emotion and it lets you feel something deep in your heart.

here, presenting you.. Lee Pace as Calpernia Addams

sekian...

selamat membaca....