Sunday, January 6, 2013

Selamat Tinggal 2012



Selamat tinggal 2012

Sekejap betul dah habis tahun 2012. Alhamdulilah..masih dikurniakan nikmat untuk bernafas di bumi Tuhan ini. Tahun 2012, tahun permulaan untuk fasa hidup selepas alam akademik. Menikmati kerjaya, mengharungi dugaan, merasai kemenangan, menangisi kegagalan.

Permulaan 2012 tahun ini sebenarnya bermula dengan tarikh 1 February 2012.. buat ada still ada event before that.

1. Anugerah Juara Lagu 26~ Live from Stadium Putra Bukit Jalil.


AJL moment

Tahun ni berkesempatan untuk ke AJL lagi.. Terima kasih Abg Rudy for the ticket. time ni sempat lepak putrajaya dengan kawan-kawan.

2. Bergelar Mista Secretary of Alumni USM.

tarikh 1 Feb 2012 adalah tarikh bermula kehidupan sebagai Setiausaha di Alumni USM. First time bekerja seumur hidup. Alhamdulilah, selepas direject kerja di KPT and bodoh sombong sebab tolak offers kerja di KL. Rupanya rezeki tuhan simpan di bumi USM.


Mista Secretary


Office di AUSM

3. Trip Trio Bachelor ke Cameron Highlands

Tak sangka trip ni jadi even rancang last-last minute. Tiga most eligible bachelors ni bercuti ringan di Cameron Highlands, even trip satu hari..susah nak kumpul tiga orang ni sekali sebab Syark study kat Jepun.


Me+ Syark +Makan


Arop+ Me+ Makan

4. Jurulatih Pantun dan Kemenangan Pertama ~ Pesta Pantun Bestari 2012

Selepas pertandingan pantun intergrasi di UKM, aku diamanahkan oleh Kak Asmalia untuk melatih pemantun-pemantun Varsiti USM. Beratnya amanah kali ini. Pengalaman kurang, ilmu yang tak banyak. Tapi bila lagi nak berbakti pada USM. As alumni, aku tak mampu sumbangkan wang ringgit untuk pembangunan Universiti, tetapi dengan cara ini sedikit sebanyak aku kira aku mampu membantu USM. Latihan kali ini bermula dengan drama sebabak pemantun-pemantun junior. Gee, Yah n Dila. Penangan wasiat kak Asmalia, gugur air mata aku. Alhamdulilah, kalau takde gerimis, tak mungkin berbaris pelangi di langit tinggi. Penat jerih, tepuk, ketuk, tampar, sebat, sepak terajang, rotan semua membuahkan hasil. Alhamdulilah.. Rezeki budak-budak ni. Thanks kepada Aizul yang selalu bantu untuk manage pemantun-pemantun USM.


adik-adik yang aku paling sayang..


team paling best jaga.


tiga wanita propa


Alhamdulilah..syukur.

5. Jurulatih Pantun dan Kemenangan Kedua ~ Pesta Pantun MAKUM 2012

Tak sempat habis penat untuk latihan Pantun Bestari, latihan diteruskan untuk persiapan ke medan Pesta Pantun MAKUM 2012. Latihan kali ini dibantu oleh Azmi. Time ni, Masya ALLAH, nak buat soalan pantun sahaja, aku boleh terbaring n terbongkang bawah meja. Tema kali ini sangat spesifik dan mencabar. Latihan bertukar dari bertulis pada Bestari kepada spontan. Bertambah beban. Gelak tawa, tekanan demi tekanan dari Balairong Seri Istana Restu dibawa ke UIAM. Nasib baik kanda Azmi sudi luangkan masa bersama. Persembahan final kali ini kurang memuaskan. menangis adik-adik bila selesai berpantun. masa tu, dah redha kalau tak mendapat johan. Rupanya tuhan maha pemurah, rezeki masih milik USM. USM johan untuk Pesta PAntun MAKUM 2012.mengulangi kejayaan 2002 dan 2010.


latihan mempropa.kepalanya hanun yamnun


latihan sambil makan. cafe arab.


5 jejaka kachak. hanun pun jejanzz..


keluarga lestary cinta + baihaqi


Alhamdulilah. Kalau ini kehendak Tuhan..

6. Jurulatih Pantun dan Kemenangan Ketiga ~ Pesta Pantun Antara Desasiswa (PADU) USM

Kak Asmalia cakap, 'ezal, ko kene lawan kak as, kak as dulu jaga korang,kak as menang tiga. hatriks..ko kene macam tu jugak". hahhaa.. fuhhh..dushhh, rasanya macam satu bukit gambir jatuh atas bahu.. Kalau kak as dah cakap macam tu, kena buat lah.. Kak As pandai.bagi kami makan sedap-sedap, then buli kami dengan cara macam ni.. Lepas Pantun bestari n Pantun Makum, latihan disambung pula pada Pantun PADU. Takde istilah rehat. Time ni, Azmi yang gagah pun turun padang. Kali ni bagi Gee jadi pengurus n Co-Jurulatih. haha.. baru kau rasa Gee.. Yah n Dila still peserta sebab dua masih baru dalam Arena PADU. Gee dah lama sangat. Orang bosan. Kali ni pasukan pantun daripada Istanasiswa Restu mendapat ahli baru, iaitu Siti n Afiq yang Pemalas. hahaha.. Alhamdulilah, menang str8 set. pemantun terbaik pun semua game budak-budak ni sapu. Sekejap Yah, sekejap Dila. ramai yang tak puas hati aku turunkan pemantun varsiti. sebenarnya,pentas PADU lebih susah dari pentas-pentas di peringkat Varsiti. PADU terlalu banyak politik. Pengalaman lalu mengajar aku. Pentas PADU, apa-apa boleh jadi. Mana taknya, time aku, Azmi n Gee lawan di PADU, kami kalah, but bila lawan di pantun MAKUM 2010, kami menang Str8 set. Takke hebat penjurian di USM? So siapa yang rasa kurang puas hati kes pemantun varsiti lawan di peringkat kolej, i'm free to talk to. gtuuuuuuu...


gabungan baru Restu


we are a happy family


hahaha.. teknik baru memikat juri


tahniah adik2...

7. Oh ya.. saya part of Pasukan Sorak Istanasiswa Restu and tahun ni kita menang!

haha.. pasukan sorak restu. Tak mungkin hilang dari ingatan. dari First year join Pasukan Sorak Restu.. Tahun ni, time TOT, banyak mantan yang turun, ratu Siren daripada Putrajaya pun turun padang. Love you guys.. Kita menang untuk tahun ni. good jobs girls!


woww hebat!


love you girls!


kami Alumni Sorak Desasiswa Restu.

8. dah beli kereta.. Royale Myvi.. hahaha


Mista Snowie

9. Lain-lain kenangan 2012


Hari Raya.


wedding kak Shaza


wedding kanda Azmi


seoul garden's time!


MC wedding majlis abg ash n kak z


batu Ferenghi..mencari hadiah abg koko.


Kuala Lipis


Deepavali di Rumah Loschana..


Doakan lah ini menjadi kenyataan... aminn...


Tahun 2012.. tiada cinta untuk saya.. life is simpler n way more happier...



last but not least.. semoga 2013 menjadi lebih baik dari sebelumnya...


Epilog Samudera Perkasa


Epilog Samudera Perkasa





Madah pujangga :

ranum delima jadi idaman,
sayang terjatuh di dalam reba,
pujangga lama selalu berpesan,
lenturlah buluh dari rebungnya...


celahan reba lalangnya rapat,
sayang basah gerimis melanda,
pujangga jua beri nasihat,
pipit usah kau pipis lada...


gerimis melanda turunnya lebat,
pinggiran desa berkabus samar,
kata pujangga buat azimat,
masih berbisa ular di akar...


hingga ke telok samar cahaya,
terlihat kemudi pukat disangkut,
sematkan elok kias pujangga,
resmi padi elok diikut...


Pesan kekanda:

elok-elok melayar bahtera,
bimbang dibadai ombak bergulung,
elok-elok melayar kata,
bimbang nanti akal terpesong...


elok elok kemudi kapal,
gusar layar carik ditepi,
elok elok biar berakal,
gusar sabar berunggun api...


elok-elok membongkar sauh,
takut terikat di celah karang,
elok-elok fikirkan jauh,
takut diumpat direjam orang...


elok-elok melepas pukat,
mungkin terkoyak robek sejengkal,
elok-elok tika berpakat,
mungkin banyak korban sekapal...


elok-elok di tengah samudera,
ribut melanda tak kira waktu,
elok-elok pimpin keluarga,
jangan ada yang tinggalkan ibu...


Dari kekanda :

bukan mudah mendaki gunung,
berlurah berbatu onak berduri,
bukan susah untuk merenung,
buka pintu hati sendiri...


bukan mudah menyelam lautan,
dasarnya dalam gelap gelita,
bukan susah bina ikatan,
ikhlas kau sulam kasih kau cipta...


bukan mudah terbang di awan,
dipanah mentari guruh berdentum,
bukan susah hendak berkawan,
bersihkan hati sayang berkuntum...


bukan mudah menggapai bulan,
dipagar bintang seribu kejora,
bukan susah menjadi tauladan,
sombong kau buang elokkan bicara...


Rahsia buat dinda.

selembut air bisa menghakis batu...
selembut ombak bisa merubah pantai..
selembut bayu bisa menggugur daun...

namun pabila hati yang lembut menjadi keras... seikhlas mana pun tak bisa mencair.....

Sahibul Hikayat Pentas Dibuka


Salam..

sudah lama tidak mencoret di ruangan maya...

Pertama sekali, Alhamdulilah syukur atas rahmat, keizinan dan rezekiNYA, pasukan pantun USM berjaya mengekalkan kejayaan di Pesta Pantun Bestari 2012. Terima Kasih kepada Kak As kerana mempercayai Ezal untuk membimbing, mendidik dan menjadikan adik-adik Ezal pemantun-pemantun yang menghormati antara satu sama lain. Amanah dan amanat yang Kak As bagi cukup besar untuk Ezal pikul. Namun, kerana kasihnya ezal pada keluarga yang kita bina selama ini, Ezal usaha sedaya mungkin. Keluarga Lestary Cinta akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.



dinda sekalian...

Pentas pantun, bukan lah arena yang dibuka seru gelanggangnya untuk menunjukkan kelemahan pihak lawan.. bukan untuk memperlihatkan pasukan mana yang mampu kita kunyah hidup-hidup.. bukan jua untuk kita pamerkan betapa mereka boleh dipandang rendah dan boleh dijeling sinis. tidak.. itu bukanlah pantun yang sebenarnya.

ingat pesan kanda Azmi... Dunia pantun adalah anugerah kepada yang mengalaminya. Dunia pantun membawa kalian jauh daripada gelanggang yang hanya berlangsung selama 3 pusingan itu. Dunia pantun adalah pentas kalian mengenal erti sebenarnya kehidupan. Erti bagaimana kalian berhadapan dengan pancaroba di kemudian hari di kehidupan yang sebenar. Dunia yang memberi kalian peluang dan ruang untuk berfikir sebelum bertindak. Ruang yang membolehkan kalian mencari dimana kekuatan akal kalian yang sebenar.

Tiadalah lengkap seorang pemantun itu andainya dia menganggap pentas pantun adalah untuk memalukan, menjatuhkan dan membuatkan pihak lawan terdiam dan tergagap... dia tidak berjaya memurnikan dirinya sebagaimana dia murnikan bait-bait indah dalam ungkapan pantunnya.

Bagi kanda, pantun adalah lebih dari bait indah seloka berkarang yang berima dalam kerat-keratnya yang tersendiri.. pantun menguji ketajaman akal dan kebolehan berfikir dalam detik masa yang menanti denting loceng. Pantun memberikan kanda satu kepuasan apabila kanda berjaya menzahirkan pembayang-pembayang yang indah yang lahirnya dari bahasa Melayu yang sudah asalnya indah. dan paling penting, pantun memberikan kanda rasa dan nikmat kemelayuan yang tidak terhingga...

ingatlah adik-adik... dimana kaki menguis tanah,janganlah disitu langit kau sanggah.. rendahkanlah hati kalian sebagaimana kalian inginkan badarsila bermanja di riba.

gugurlah gugur daunan layu,
gugur sehelai di kala subuh,
apalah erti pantun melayu,
andai diguna mencari musuh..

gugurlah gugur daunan layu,
gugur ke tanah tepian sawah,
apalah guna pantun melayu,
andai dilayar meracun ukhwah..

gugurlah gugur daunan layu
gugur menimpa di muka kali,
apalah seri pantun melayu,
andai dikias meluka hati..