Saturday, January 22, 2011

Angan-AngaN Kita....

tak tau macam mane nak mulakan..kepala berserabut...hati tak tenteram.. i miss all of you.. all the Dizzy's crew n group yang merempat di SMAI .. sorry guys....bukan time sedih baru aku cari korang..but korang selalu ada bila aku sedih..thanksss..

dari dulu aku berangan..kalaulah kita boleh duduk sekali pas abes belajar..bukak bisnes sekali.. cadang-cadang nak beli bangunan HigHway tu..pastu kita robohkan sekolah kesayangan ramai,jadikan parking lot..hebat betul perancangan.. aku ingat aku sorang jer pikir mcm tu..rupenye dayah pown sama..then,aku dpt tau..yg lain pown same.. hehe..memang sekepala betul la..x sia-sia habiskan masa di Marrybrown pas abes skolah.. even time tu xde la byk duit sgt..but almost everyday pas abes skolah kita lepak situ.. budak-budak lain selalu usha x puas hati.. sampai kene tegur la time perhimpunan.."pas abes skolah,terus balik rumah"..aiyoo..ustaz itu mg khejie..over plak.. dah abes time skolah..abes la..over sgt..kan??

kalau dah nama angan-angan..xkan tak gempak kan?? pas beli bangunan highway yang muflis tu, aku pikir-pikir nak beli pulau.. huhu..semua pakat buat rumah kat sana,kerja kat sana.. lagi gempak!! Semua orang ade tugas masing2..

aku bukak restaurant,keja sekali anis..coz this tyme, menu paling special kita kat pulau tu adalah " kuah kachang ayam"..pastu clown pown x nak kalah,dia nak masak " ayam masak kichap", nizam datang,terus offer, "kek coklat pisang".. huhu..then akhirnya..chef ezal datang dengan memperkenalkan resepi baru "spagetti kegilaan ramai"... last2 sekali.. " nasi goreng terbang " jugak yang mendapat perhatian dalam kalangan pengunjung pulau..

disebabkan pulau kita terlalu mewah n cantik.. Clown berjaya mendapatkan kontrak persembahan " The Pussycat Dolls" selama 10 tahun.. makan hati nizam,coz dia nak ajak Rabbani..tapi nak buat mcm mne..aura PCD sgt kuat..makan hati nizam..tu yang kurus tu.. aku pulak nak jemput Siti Nurhaliza,tapi sayangnya dia perlu cukup rehat untuk menimang cahaya mata..takpe2.. PCD pown aku minat gak.. dah la restaurant kita meletop, Club Mewah kita pown meriah. .alahamdulilah..bisnes berkembang maju..

Yang penting kat pulau kita,pekerja-pekerja adalah di bawah bimbingan Nizam n Dayah.. diorang kan HR meletop.. semua pekerja sangat patuh ngan arahan kita sebagai big bosses.. Yang penting Dayah n Nizam selalu digosipkan bercinta.tapi sebab dayah dah ade Crocodile n nizam bercadang nak gabungkan rumah dia n wani..so gosip2 itu lenyap begitu sahaja.. Pastu kita import Hyze keluar dari hutan semak samun kat mUadzam syah,untuk turut sama menyumbang dalam team HR yang meletop di pualu itu.. disebabkan diorg neh pernah duduk dalam satu taman yang sama, so diorang diberi sorang satu buah bunglo 18 tingkat berdekatan bagi mengeratkan kembali silaturahim sesame mereka..

Atie plak akan jadi kaunnselor coz kita akan bukak ala2 rehab untuk pengunjung2 yang putus cinta.. mmg dapat sambutan ok..David n Posh Bechkam juga datang ke pulau kita untuk mendapatkan khidmat pakar kaunseling kita..ramai lagi selebriti-selebriti yang sanggup membayar jutaan ringgit untuk ke pulau kita demi kesejahteraan rumahtangga kita.. Selepas restaurant, Club malam,then kita bukak Love Hospital.. siyessly pulau kita sangat membangun weeeeh..

pastu kita bukak sekolah..sapa lagi pengetua kalau bukan Sarah.. sekolah ni hanya untuk anak-anak raja n orang-orang kaya sahaja.. Yuran bulanan US100K.. sebab kita bagi pengetua yang terbaik n skolah yang mengadap laut.. xperlu uniform,juz pakai sluar dalam n berbikini sahaja.. kita bayar pada goverment untuk membeli khidmat guru-guru lain macam Saleha, Tajul, Mashitah n lain-lain.. Sekolah kita ni standard dia dah macam Oxford University... n sekolah kita pecah record malaysia,semua pelajar semua exam lulus dengan str8 A's...tahniah!! bangga kami sebagai pengusaha Pulau ini..

Disebabkan kita ni pentingkan alam sekitar,so kita panggil engineer terbaik dunia iaitu Awe n Faroqi..Tak dilupakan juga Ema.. diorang berjaya jadikan pulau kita as the most greenest well-developed island in the world.. Pualu kita sangat maju,tapi masih mesra alam..jalan raya yang dibina,sistem perparitan n pembangunan hotel..semuanya di bawah bimbingan Awe, Faroqi n Ema.. Kita berjaya bina menara seribu tingkat dalam fasa kedua pembangunan wilayah pulau kita..

syukur..lagi satu pencapaian yang tak mungkin dipecahkan mana2 rekod dunia..

Kita bina Pusat Rawatan dan Perubatan Dunia kat cni.. Sebab dalam portfolio pembangunan,kita nak jadikan pulau kita ni sebagai pusat perlancongan serba-serbi..( kelesss tak aku bg term?? ) So kita jemput Ajiera jadi Ketua Jururrawat kat hospital ni..Nazirah Halim juga kita tak lupakan.. Doktor?? hurmm aku cadang nak amik si Syazwani Rahman jadi dr kat cni..even keja dia buat gigi...kita sponsor scholarship dia untuk sambung belajar lagi..x pe2.. aku rasa byk budak2 Jalan Matang Buluh yang jadi Doktor.. Pendapatan kita dah mencecah billion2 time ni.. tahniah semua..kerja keras kita membuahkan hasil..

Kojet pown kita panggil balik untuk jadi ketua Polis kat Pulau kita..so isu-isu keselamatan di pulau tu x pernah wujud.. disebabkan kojet ni pandai menyanyi,dia sempat berehat setahun coz dapat masuk Akademi Fantasia ke 15..Juara AF pertama x pernah tukar uniform kerana kecintaan dia pada dunia polis.. kelessss tak?? Semua ketua-ketua polis kat dunia akan merujuk pada kojet kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan keselamatan negara...

Atin plak dilantik sebagai ketua jabatan telekomunikasi dalam pulau kita.. atas bimbingan Atin,kita berjaya melancarkan 13 buah satelit ke angkasa raya.. oelh itu,semua penduduk pulau berjaya mendapatkan segala macam siaran dari serata dunia.. malahan, kita pelopor untuk penggunaan telefon bimbit dengan satu rangkaian yang sama seluruhdunia tanpa cas tambahan n 50% pemotongan bil bagi sesiapa yang tak kedekut soalan spot sejarah tyme weolss STPM dulu.. tetttttttttttt....

yang penting,bila kiatta semua dah berjaya, duit dah byk..tiap2 tahun kita pi buat umrah sama2..

alhamdulilah.....

Time raya...
madu2 ku..tettt...
abg anjang!!
BBQ time...
nasik ayam time...
huhu..bila mau buat lg neh??
ececehh..nizam n anis..
Ketua Polis!!!huhu..Juara AF jugak!!

dayah!!!hahaha..
PULAU ANGAN-ANGAN kita!!

Monday, January 17, 2011

My Favourite Fashion Designers..

Buat penggemar2 bidang fashion...i juz wanna share my fav fabulous fashion designers..ohhh.. makan hati bila tengok diorang ni.. memang takde rezeki aku untuk berada dalam bidang ni.. kalau tak,lepas SPM aku dah masuk UITM untuk belajar benda2 cenggini,tp dalam bidang pembuatan kasut..time tu suka n admire gila ngan dato Jimmy Choo..ape kan daya, mak tak kasik!huhu..so dari aku derhaka,aku pown masuklah form 6 n akhirnya berjaya masuk USM..

Btw, this time i just randomly letak nama,not based on any ranking because i love all of their collections.. Actually,penyakit menyelak blog2 pereka2 fesyen ini makin parah bila Kak Jumie Samsudin telah mentaggedkan aku dengan salah satu note dia yg bertajuk " My Dreams Wedding by Jumie Samsudin"..ni dia kak jumie yg vogue..makeup artist paling popular abad ini..


Kak jumie and marka dia, en khafi yang kendu..

ok2..back to the topic, who is the most favourite fashion designer yang disukai oleh saya aka Ezal Ezham Azami..

Well, of course la i'll start with the local stars dulu..



~ Rizman Ruzaini ~

The collaborative of these young designers is outstandingly impressive..they have the class,detail and sophisticated element in each of their outfits.Kadang-kadang boleh detect pakaian yang dibuat oleh dua pereka muda ni, usually dress yang dihasilkan akan dihiasi taburan permata yang mewah,gojez and teliti..perincian diamond yang sangat exclusive n kemas..lain dari yang lain..pastu lagi satu jahitan kain pada evening gown..perasan tak jahitan bertingkat pada bahagian bawah gown or skirt yang vogue itteewww... sudah banyak rekaan diorang ni dipakai oleh artis2 ternama negara, antaranya Dato' Siti Nurhaliza, Ziana Zain n Erra Fazira.. KD pown penah menggunakan khidmat mereka tiume show CT n KD serta di AIM..untuk pengetahuan semua,Rizwan Ruzaini telah dinobatkan sebagai PEREKA FESYEN TERBAIK FFKL 2010 ..mampoo??

Even nama diorang dah setanding pereka-pereka fesyen terkemuka Malaysia,but i believe both of them adalah sangat humble person..whatever it is, wish both of you goodluck..Mane tau boleh mencecah pasaran international..

kalau uolss nak tahu lebih lanjut,silalah berkunjung di blog Rizman Ruzaini : http://rizmanruzaini.blogspot.com/


~ Jovian Mandagie ~

Owwwhhh..adalah sangat kendu si Jovian ini...kalau tengok cara dia berpakaian sendiri pown,secara automaticnya kita dapat rasa yang dia ni ada cita rasa yang tinggi dan tersendiri. I believe he is a young man with unique minded n the mind imbues with creativity, sense of or to be sophisticated and tend to be impressive... setiap rekaannya menunjukkan dia amat pentingkan seni dan keunikan.hasilnya, setiap rekaan menjadi exclusive and tersendiri..Antara artis yang pernah menggayakan hasil kerja bermutu Jovian ialah Ning Baizura, Linda Onn dan few others..Ingat tak pakaian Linda Onn yang very the controversial itteeww.. Omigossshh..gojezz ok baju yang dibuat oleh Jovian itteww..

if you want to know more about Jovian Mandagie's collections, uols boleh pergi terus ke page JM yang beralamat di: http://www.jovianmandagie.com/jovianmandagie.html


~Amir Luqman ~

Si pemilik sepasang kaki yang cantik ini juga salah seorang pereka yang aku minati.. Semuanya bila si Amir menggubah dress berhud untuk Dato' Siti Nurhaliza.. sangat-sangat fresh idea itu.. Membawa fesyen muslimah ke satu tahap yang baru.. tambahan pula menurut Abg Rudy Gaga, Rossa sangat menggemari pakaian yang dihasilkan beliau..Tahniah uolss..Amir Luqman selalu diterbangkan ke seberang untuk Rossa..Bangga uolsss.. Orang luar mengagumi hasil rekaan tempatan..

baiklah inilah link untuk ke blog Amir Luqman : http://blog.amirluqman.com/


~ Rizalman ~


This one?? no need any explaination..It is because everyone dah kenal sangat dengan dia ni.. Pereka tersohor negara yang sudah ada nama dan tempat tersendiri. Beliau juga pernah mendapat anugerah sebagai pereka fesyen terbaik tanahair..keleesss kan.. pape pun dia ni mcm Siti Nurhaliza dalam arena seni, macam Shakespeare in literature world and macam Nurul Shukor dalam donia permakeupan...

kalau nak tahu lebih lanjut,seperti biasa..layarilah blog beliau. ni dia addressnya : http://rizalmanibrahim.blogspot.com/

ok2..next..we move on to the international stars in fashion world..btw, aku sgt addicted ngan programme " Project Runway" yang dipengacarakan oleh si jelita gojez Heidi Klum.. kalau balik umah,kompem aku layan cita ni..Tak pown aku download kat youtube..ok,lets start!!


~ Christian Siriano ~


menggunakan laras n loghat omputih..bespectacled 25-old Christian Siriano,he is the youngest victor of Project Runway so far (season 4)..kelessss kan?? Aku lekat one article about him depan meja study..he is so inspiring!!! rekaan-rekaan Siriano neh very dare to be different. tu yang aku suka.. different but x turns out pelik.. Si cantik jelita, ikon fesyen dunia Victoria Beckham suka ok dengan dia neh..mampoo?? btw, menurut sumber mudah cari ( wikipedia ), dia ni gegayah..huhu... No comment on dat ok..individual choice..

btw,ni dia pic n article yang aku tempek kat meja study...


btw,sapa yang nak usha2 or nak tau lebih lanjut tentang design malatopss dia neh, sila ke :http://www.christianvsiriano.com/

~ Vera Wang ~

Makan hati tengok cara dia posing atas kerusi di atas.. ni la mak menakan I yang vogue lg feymess itu..haha..propapus sangat..aku mula start kenal dia bila tengok Oprah Winfrey Show.. aunty aku yang bergelar billionaire tu sukakan rekaan Vera Wang ni. Menurut wikipedia,Vera Ellen Wang was born and raised in New York City and is of Chinese descent. Her parents were born in Shanghai, China, and came to the United States in the mid-1940s. Her mother worked as a translator for the United Nations, while her father owned a medicine company. She has one younger brother, Kenneth. After graduating from The Chapin School in 1967, she attended the University of Paris and earned a degree in art history from Sarah Lawrence College.

Dia ni terkenal ngan wedding gown yang cantik..siyessly cantik.She has made wedding gowns for celebrities ranging from artists such as Alicia Keys, Mariah Carey, Victoria Beckham, Jennifer Lopez to actresses such as Jeniffer Garner, sharon Stone, Sarah Michelle Gellar, Uma Thurman,Kate Hudson and among various other celebrities.

any question about Vera Wang, juz google this address : http://www.verawang.com/

fuhhhhh..selesai..but actually, bukan lah aku nak discredit to other designer.. banyak lagi sebenarnya yang nak masukkan..yg dia atas is juz few of them yg aku minat.. Of course la aku tak lupa dengan dato' Bernard Chandran, Dato' Jimmy Choo, Radzuan Raziwill, Donatella Vercase, John Galiano, Micheal Kors and lain-lain..

this entry is juz for fun...nak berjinak-jinak ngan dunia blog..

BoOkWorM aKa uLaT BuKu...




salam..

There is always a moment that I dig & search pictures from my external hard-disc... There always something that captivated my attention..

Personally, till today, i still have kind of hidden doubt of being a part of ELLS..hahaha.. hurmm.. In my point of view, ELLS is a course that requires you to do lots of reading beside having great skills of interpreting and analyzing..( so nottt me!! huhu)

okey,back to the topic.. i juz want to share few pictures captured by me.. it is about the books! yeahh.. books...




An Awesome Weekend With Abg Rudy & Anugerah Juara Lagu 25


Salam..lama betul tak membuat lembaran sebegini..malah dah lama tak menulis.Idea dan ilham belum datang disamping masa yang sangat padat di semester akhir tahun akhir pengajian ijazahku di USM tercinta... cuti hujung minggu lepas adalah yang terbaik setakat tahun 2011.

7 Januari 2011

seperti biasa, tiada kelas pada hari jumaat,penghulu segala hari...seperti biasa, aku ke masjid untuk menunaikan solat jumaat,kali ini bersama Maktok,Along n my roomate,kudin. dalam perjalanan ke masjid,maktok bgtau yang kami akan bertolak pada tengah malam.adesss...semua terkejut..maktok cakap kalau pi hari sabtu sampai lambat,so sekejap je la masa nak lepak-lepak ngan abg rudy.so malam jumaat,tepat pukul 12.00 jam di kereta maktok,kami bergerak menuju Semenyih!! alhamdulilah kami selamat sampai ke teratak pusaka abg Rudy lebih kurang pkul 5.20am. Teruja betul time tu.ye la..brape lama tak jumpe abg rudy. sempat bersembang sekejap pagi tu,sebelum semuanya terbongkang di atas katil.

8 Januari 2011

Awal pagi tu aku bangun, sebab abg rudy bercadang mahu ke pasar Semenyih untuk membeli sarapan dan makan tengahari.Janji awal mahu bersama Maktok,tapi Maktok sedang enak mengalunkan lagu di atas katil,so aku n abg rudy je la ke pasar basah Semenyih. Actually pasar ni tak lah jauh dari rumah abg Rudy. Btw, parking mmg susah nak cari. Then Cik Tan tak brape nak elok..huhu..itu abg rudy yg cakap yer.. dapat jugak aku menjejakkan kaki ke pasar Semenyih..Kelesssss uolsss..harga barang..Makk oiiii...tak seperti di market Bagan serai or Parit Buntar...BTW,sarapan pagi tu, roti canai abg gagah menepuk n kuih bakar,sedap betul kuih bakar dia..

selesai bersarapan, mulalah tugas memasak makanan tengah hari. Menu simple je hari ni.. masak Asam pedas ikan pari, kerabu Siam seafood dan sayur campur goreng..harap maklum,sayur yang aku goreng masin!haha.. Along kata ada orang nak masuk meminang la tu.( maktih pown ckp mcm tu...( dalam hati, syioooknya..)Aktiviti memasak kali ini dibantu oleh abg rudy, Along,Kak chik n Uda.. best betol masuk dapur beramai-ramai..kerja jadi cepat.. Yela lepas makan,plan baik punya perlu dilangsaikan..

selesai makan,solat n berehat,kitaorang bersiap-siap untuk keluar. Menaiki Wak Rudy ( kereta Abg rudy WRD), Jalan-jalan Cari Cik Tan bermula di Pavillion..Abg rudy sangat cekap ok!! ( kompem dia akan ckp " gila takkk!!" )hahaha.. Fuhhh.. KL sangat merryyyyahhh!! dah macam kat Hong Kong or Japan iolss rasa.. jejanzzz elokss-eloksss ok..geget jari je la.. Pasal tu takde lah iolss kesah..Tapi makan hati tengok brang-barang yang tersimpan dalam Pavillion. Aigner, Prada, Gucci, Stuart Weitzman, BVLgari n list goes on n on...bila la nak kaya-raya macam Oprah,sah-sah ngan Pavillion aku beli..hoho..Khayal!! paling sadissss bila lalu dekat dengan butik LV..kelessss..mewah betul..sekali lagi makan hati berulam jantung.. sebelum menerjah ke Times Square, sempat menjamah burger Carl's Jr..macam nak meletop perut.. Besaq gedabak ok.. tertunai hasrat Maktok...huhu..

Then, bergerak ke Times Square dengan melalui Lot 10 dan Sungei Wang Plaza. ..aiyoooo..abg rudy jalan sangat laju..huhu..memang puas pusing-pusing area KL.jalan kaki jahh..kalau naik keta,2 hari pown belum tentu dapat parking.. huhu... di Times Square, kitaorang main bowling jer..dah xtau nak kemane.. best betul tengok Along ngan style hip hop tika bermain bowling..mampu?? huhu.. kak kash pown hebat ok..yang penting,kat situ weolss sempat melaser puksss dua tiga ekor..makin menyampah aku ngan pukss bertudung..pakai tudung tapi mulut same je ngan yang ada dalam seluar..xde beza pown..huhu..dapatlah 2 3 das tembakan..kan sia2 kene label as " hanjing'.. Yela kalau dah spesis betina kuat menyalak, menyalak la...bak kata kak yaya.." mengata?? baik bukak je la tudung tu,bogel terus."..padan la ngan muka kau puksss..seswai..perangai ahli neraka sangat!!

pas blk dr Times Square, weolss menemani abg rudy ke pejabat dia,ada urusan panas yang perlu diselesaikan. moral of the story, dont simply take other people things.huhu.. then kitaorang bergerak ke Stadium Putra untuk berjumpa Kak Ema atas urusan AJL..( ape yg berlaku adalah rahsia..Jeng jeng jeng..sape yang tahu kompem jelesss!!Balik dari Stadium tertutup,singgah makan jap then terus balik ke rumah kat Semenyih..Letih pny pasal,semua terus terbongkang tidur..huhuhu..

9 Januari 2011

yezzz..aku bangun awal lagi..nyenyak betul tido..letih sangat rasanya.. bangun-bangun jer,abg rudy n maknya dah bangun.. kitaorang duk bersembang tentang sarapan pagi..huhu..abg rudy nak buat cokodok..aku tny la..ade pisang ke?? huhu..last2 baru aku tau,cokodok yang dimaksudkan adalahjemput udang @ cucoq udang..hahaha..kat penang or belah utara, cokodok tu dibuat dari pisang..sekali lagi aku berkongsi bakat membuat cucur udang..nasib baik lepas...lembut ala2 kapas gituu...( dalam hati,hurmmm.nape la masih tak berpunya..hahahaha)... selesai bersarapan,abg rudy keluarkan 4 ekor ikan cencaru yang besar gabak ok..so,tengahari ni aku masuk dapur.. Menu hari ahad, Ikan belah belakang sumbat sambal, asam pedas yang diperangat,n sayur sawi tumis air gtuu.. tercapailah hasrat abg rudy untuk menjamah ikan sumbat sambalku..hehe..sekali sekala berada di dapur ni seronok.. yang x boleh tahan ayat maktok, " kalau mati pown xpa, puas dapat makan ikan sambal yang sedap"..thanksss maktok..cucu-cucu maktok semuanya ada bakat dan kemahiran tersendiri..

macam biasa selesai makan,semuanya berehat coz malam ni nak menonton AJL secara LIVE..lagipun pas habes AJL terus mahu pulang ke USM...disebabkan abg rudy n maknya sangat baik n mesra,kitaorang buat rumah abg rudy macam rumah kitaorang sendiri.. pas puas berahat @ tido,lewat petang tu semuanya mula bersiap..macam-macam gelagat, maktok buat facial, aku n along buat rambut..huhu.. very meriahhh gtu..hahaha..sebelum pukul 7 kitaorang dah gerak coz cadang-cadang 7-30 dah nak masuk dewan..tapi apakan daya, dugaan sebelum sampai ke stadium,nyaris berlanggar ngan kereta depan coz tayar depan sebelah kirinya tercabut..nerves uollsss...nasib Caribbean Blue xde pape..then boleh pulak salah jalan,salah tengok signboard..adessss..lambat la jadinya,dah la ticket ada kat aku..takpe2.. Maktok ade.. time ni la maktok bertukar menjadi Super Maktok..dengan skillnya yang Vogue, kitaorang patah balik n sempat sampai sebelum pintu gate ditutup.. yang penting,satu kereta dingorat oleh jejanzzz yang jaga parking..kelessss kan..sempat lg ni diorang mengusik..pas parking, semua pakat catwalk,geng2 Avanza, abg hafiz n abg rudy dah menunggu depan Stadium..fuhhhh..selamat!! then cepat2 lah kitaorang masuk..tak sabar betul...haha..

Masuk je dalam stadium,semuanya berubah karakter..baik jer..kelesssss..semuanya ada sebabnya..yang tahu,tahu lah..hahaha..yang penting kita semua sangat Vogue duduk di kerusi itteeeww!!

then bermula lah AJLyang gempak itu..pasal AJL semuanya sama macam yang dalam TV..just lagi real n dapat rasa ia adalah LIVE..persembahan pembukaan yang gempak..diteruskan dengan Yuna n lain-lain..Korang tengok kan?? so malas la nak carut byk2 pasal AJL..lagipun result menghampakan..yang penting persembahan Faizal Tahir sangat best!! yang paling best dapat tengok Ziana Zain.. but terbest n the greatest is, of course la dapat tengok dato' Siti NUrhaliza..Puas hati.. btw, elok jer habis persembahan CT, ramai yang blah kluar stadium..uihhh..xnak dengar result ke?? or maybe datang coz nak tengok CT jer kot..huhuhuhu..kelesssss..lagi satu perkara lucu, elok jer nama juara diumumkan,semua pakat tercengang n keluar stadium..adesss....membuatkan aku teringat kes AJL 2002..

Kitaorang pown keluar stadium,lepak dekat area red karpet,ape lagi,pakat bergambar la semua...bila lagi..nasib baik tak balik terus,so sempat la jumpe abg rudy before weolss balik penang..selesailah kembara jejak kasih abg rudy n AJL..

so ni lah antara gambar yang sempat diambil time AJL...k byeee.salam!!

Sekisah di Sanggar Pantun

salam..

di dalam peti songket aduka,

selalu ditatap bawa ke hilir,

kupujuk hati usah berduka,

airmata tetap jatuh mengalir.

Aku larikkan coretan ini,setelah aku titiskan deraian air mata selepas membaca kata-kata dari seorang kanda yang sangat hebat di arena pantun.. dialah teman,dialah saudara,dialah idola.

coretan ini sangat bermakna bagiku. Inilah kisah aku bersama keluargaku di sini,di bumi USM, di tanah tumpah kasih sayang, Desasiswa Restu.

Sejarah dan kisah bermula apabila aku terpanggil untuk menyertai pasukan pantun Desasiswa Restu. Ketika itu, aku adalah anak yang dipungut abg Rudy, lantaran dia telah berjaya menilik nasibku sebagai pemantun.Nyata,abg Rudy adalah seorang yang pandai menilik.aku dikutip dan aku diterima dalam satu keluarga yang sangat ceria, di situlah aku mula mengenal ahli keluargaku. Kanda Cocorina ( sekarang sudah bergelar nenda Maharani),Kanda Rudy,Kanda Azmi, Dinda Jimah,Dinda Gee dan pengurus pantun Ayue. Mula-mula aku terasa asing, masakan tidak, aku adalah dari baka Debat, tiba-tiba hendak dikacukkan dengan baka baik Pantun. Namun, disini aku dapat rasakan, kehangatan kasih sayang dan kesenian pada senda gurau mereka, luarbiasa.Aku tertambat hati dan terjatuh cinta. Kami lalui saat-saat latihan,suka-duka,penat lelah,jerih peritnya untuk menjadi pemantun yang berkualiti. Pada awal latihan,Tok guru hanya abg Coco n abg Rudy. Namun, tuhan kurniakan lagi seorang ahli keluarga,kali ini didatangkan dengan pasangan. Tok guru Kak As n suaminya abg Din. Impak tiga guru mengajar dan mencurahkan ajaran sangat menakjubkan. Paling penting ikatan kekeluargaan itu mula meyubur di hati kami. Mungkin ramai yang mengetahui, gandingan pemantun Restu pada PADU tahun lalu sangat berlainan.Namun,hakikatnya perjalanan itu banyak mencalar hati-hati kami,kami redha. Di saat kekecewaan inilah, kasih kami makin mekar. Kami semakin rapat,hubungan semakin erat dan kami menjadi bertambah kuat. Inilah magisnya, bila kami dirundung duka, kami saling meminjamkan bahu untuk masing-masing berair-mata,dan akhirnya kami bingkas bangkit dan mampu melaluinya dengan tabah. Inilah keluarga kesayanganku.

Hala tuju seterusnya, kami mengintai peluang di Pesta Pantun BESTARI di UM, dengan hasrat dan harapan yang menggunung mahu mencuci luka dan nanah PADU. Kami terima lagi dua anggota baru dalam keluarga bahagia kami. Kanda Syaza dan Dinda Salbintan. Proses pembelajaran dan latihan bermula dan berlangsung dengan jayanya. Semakin hari semakin sayang. Semakin banyak kenangan dan usik tawa yang melekat di dalam hati. Tekad kali ini, ingin menebus kekalahan silam. Betapalah kami begitu berusaha untuk mendapatkan kemenangan pada BESTARI, namun benarlah. Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan. Ada hikmahnya atas sesuatu yang ditakdirkan ke atas setiap hambaNYA. Tapi kalian yang aku sayangi, walaubagaimanapun kita masih dapat rasa manisnya apabila kita kalahkan pasukan pemantun jaguh UKM di pusingan awal bukan?? siapa menduga? bayaran pertama yang kita terima. Selain itu, betapa rapatnya kita ketika menempuh perjalanan ke sana? terkenang memori-memori masa meluncur dengan Caribbean Blue dan Black Satria Neo. Memadailah dengan tempat ketiga di BESTARI. Rezeki kita di tempat lain rupanya.

Sulaman baldu corak berseri,

bunga sekuntum dari melewar,

Calar PADU luka BESTARI,

Rupanya MAKUM bertemu penawar,

Sudah puas menangis di PADU dan BESTARI, kami menghitung nasib di gelanggang yang lebih berprestij. Gelanggang MAKUM tempat berlawan. Betapalah berbagai dugaan kami rasa dan kunyah bagi mempertaruhkan bakat dan usaha di gelanggang MAKUM. Antara dugaan yang menimpa, Kanda syaza tidak dibenarkan mewakili USM kerana statusnya sebagai pelajar Sarjana, kami bermain tarik tali dengan pengurusan di HEP, pemantun yang tidak mencukupi. Dan kali ini,kami terima lagi seorang ahli keluarga yang baru, dinda Aizul yang berbulu mata lentik. Latihan semakin kejam dan berbisa. Kali ini semuanya nekad mahukan juara dibawa pulang. Pemantun USM MAKUM 2010 dibarisi oleh Kanda Azmi,aku, Dinda Salbintan dan Dinda Fauziah. Dinda Aizul dengan rendah hati rela menyerahkan amanah pada Gee kerana beliau memahami keadaan yang mendesak..Terima kasih Aizul. Pertemuan pertama menentang UKM,diteruskan dengan pasukan Unimap, Unisza, UPM, separuh akhir bertemu dengan UiTM dan akhirnya,mencipta hatriks kita kalahkan UIA di tanah tumpah mereka sendiri. YA ALLAH,besar sungguh nikmat yang KAU berikan kali ini. Berbalas juga airmata yang jatuh sebelum ini. Tertabal juga Mahkota idaman sebagai JOHAN Pesta pantun MAKUM 2010.Syukur. Alhamdulilah.

Sejarah keluarga kesayangan ini bukan semata-mata berlandaskan dan berakarkan pertandingan. Tidak.. jauh sekali. Atas nama cinta pada budaya berpantun,atas nama sayang pada keluarga yang terlalu banyak berkorban sebenarnya. Manusia di atas tidak pernah mengetahui apa yang kita rasa,tidak pernah duduk bersama berkongsi air mata..tidak pernah semeja menjamah makanan kita sekeluarga. Yang atas sana hanya menunggu khabar berita gembira kita..

Biarlah.Asalkan kita bahagia bersama ahli keluarga kita sudahlah.

wahai kaum keluargaku yang dikasihi....

Gelak riang..

Senda gurau..

Suka duka....

Tangis tawa...

Pedih Luka...

Penat lelah...

Perit jerih...

Semuanya kita rasa,semuanya kita tanggung.semuanya kita telan..semuanya kita bersama..

setiap yang bertemu akan berpisah..itulah pasangannya..

Aku berdoa, semoga ikatan yang ada pada hari ini,pada masa ini, pada saat dan ketika ini, diberkati dan disuburkan oleh ALLAH SWT. Terlalu sayang aku pada setiap yang ada di dalam keluarga besar ini. Merekalah tempat aku menumpang bahagia,menumpang kasih sayang,menumpang nikmat hidup yang seketika. Sejahterakanlah semua yang berada di dalam keluargaku ini..Amin Ya rabbal Alamin......

tepi perigi tumbuhnya jati,

tempat bersarang burung tempua,

kanda pergi mencurah bakti,

kami disini mengirim doa.

Buat kanda Azmi.. selamat berjaya dan semoga dirahmati dalam menggalas amanah agama,banga dan negara. kami disini sentiasa mendoakan kanda di luar sana...

sekian..

salam.......

Kisah Dua Sahabat

Salam.. Coretan kali ini juga bersangkut paut dengan kenangan. Semenjak dua menjak ini,tanganku semakin ghairah mencoretkan isi hatiku. tapi tak mengapalah, aku percaya ada yang sudi membaca.

kali ini lembaran dibuka dengan kisah dua sahabat. Baiklah akan aku ceritakan betapa kasihnya aku dengan sahabat aku yang seorang ini. Semuanya bermula dengan keinginan yang membuak-buak untuk memenangi sahabatku ini. Sahabatku ini bernama Bahas bin Debat dan kami banyak menghabiskan masa di Sekolah kesayanganku SMK Bagan Serai (SMKBS).Bibit-bibit cinta mula timbul apabila aku terasa begitu hampa dengan persembahan seniorku tika di pusingan awal menentang pasukan daripada kalangan pelajar tingkatan 2 @ 3 dari SMK Pekan Baru. betapa aku dapat rasakan aku mampu melakukan dengan lebih baik jika aku di tempat mereka. Tahun seterusnya,aku terpilih bahkan aku sendiri memilih untuk dibariskan bersama dalam pasukan bahas sekolah.Bila berada di tempat yang sama, barulah aku tahu tugas dan amanah itu bukanlah satu tugas yang mudah. Pertemuan pertama memsafkan aku, Sharifah Salwa (awe) dan Siti Saleha (leha),kami bertemu di pusingan awal di sekolah tuan rumah SMK Alang Iskandar.Benarlah,semuanya bukanlah semudah yang diharapkan,malah bukan semua mengikut perancangan. kami kalah.

Di tahun akhir di SMKBS,sekali lagi kami bangkit.namun kali ini sedikit berbeza. Keazaman, kekuatan dan keinginan untuk menebus kekalahan membakar semangat. Kali ini, jemaah pembahas SMKBS dibarisi oleh aku, Siti Nurasma ( ema) n Leha. Segala persiapan dibuat sendiri,pengorbanan besar demi merasai kepuasan. segala persediaan dan latihan adalah di atas usaha kami sendiri.Ikhlas kami katakan guru-guru tak banyak membantu,semuanya dilepaskan ke atas bahu dan pundak kami..Mujur, ada sahabat-sahabat yang begitu setia.Izzatul, Nizam, Rubi, Tajul,Awe,Atie, Atin n lain-lain yang tak tersebut, kami bersedia untuk menggegarkan nama SMKBS di daerah Kerian. Pertemuan pertama membawa kami ke SMK Pekan Baru dan benarlah kalau sudah jodoh tidak kemana,kami bertemu pasukan yang sama. Usulnya kalau tak salah " Hukuman Rotan Membendung Masalah Disiplin di Sekolah".Alhamdulilah,kejayaan kita bersama kawan-kawan. Kita kalahkan pasukan yang sama di rumah mereka sendiri,puas.Bergerak ke pusingan seterusnya,kita kalahkan SMK Selinsing,kalau tak salah la (maaf, terlalu tua di dalam arena debat ini,nyanyuk sudah) dan memperoleh kejayaan sekali lagi dengan dewan sebulat suara menerima usul "Kebanjiran Warga Asing Mengancam Kehidupan Penduduk Malaysia". Dan istilah kemenangan itu berhenti sejurus kita bertemu dengan johan negeri perak bertahun-tahun, SMKA Kerian. Namun semuanya redha dan berpuas hati. cukuplah. Kita sentiasa disakiti ketika itu kan Ema n Leha? ada yang tidak menggemari kita berjasa pada sekolah.Mungkin dia marah kita banyak ponteng kelas kerana aktiviti sebegitu.Biarlah,itu kan tugas dia sebagai pendidik.

Tahun seterusnya,di kala semua orang kerisauan di rumah menunggu keputusan SPM keluar,aku masih di sekolah kesayanganku. Rupanya masih ada yang sayang akan aku. Cikgu Rhodiah Mat Zin memanggil aku untuk melatih pasukan sekolah,tugas kali ini lebih berat, aku diamanahkan untuk menjaga pasukan bahas, debate, pantun, forum, pidato dan Koir sekolah..kelesss kan..Budak yang tidak seberapa pandai inilah yang sanggup berulang-alik ke sekolah. kali ini pasukan bahas dibarisi oleh jemaah menteri-menteri wanita,tandus sudah lelaki-lelaki di SMKBS agaknya. Kali ini pasukan diterajui oleh Norshuhada Abd Ghani ( shu), Fatin Amira (fatin) n Nor atikah ( betty). Sangat kagum dengan anak buahku ini,biarpun diseksa dan dikerjakan cukup-cukup oleh aku,namun hasilnya sangat-sangat membanggakan. Tahukah kalian,apabila cikgu Rhodiah menyampaikan fail bahas dan berita bahawa kalian akan bertemu johan negeri (SMKA Kerian) pada pusingan awal? Perasaan bercampur baur ketika itu,tambahan pula cikgu-cikgu BM hanya lebih suka kita masuk dan sekadar menyertai,namun sebab kalian adalah adik-adikku yang terbaik,aku galaskan kepercayaan itu buat kalian.. Nyata, Tuhan Maha Kaya, siapa sangka, pasukan yang tidak pernah disebut-sebut di dalam daerah Kerian, berjaya mengalahkan pasukan utama negeri perak di pusingan awal. Aku masih dapat membayangkan saat-saat Cikgu Manisah melompat kegirangan tika saat speaker dewan mengumumkan bahawa usul diterima. YA ALLAH, bangganya aku,puasnya aku..hanya itu yang aku mampu rasakan. perjuangan kalian terhenti setelah kita gagal menumpaskan SMK Raja Lope Nur Rashid, namun ingat.Kita adalah pasukan pertama yang menggegarkan daerah Kerian ketika itu,sehingga ketika kalian bertemu dengan Raja Lope, secara- tiba-tiba wujud hakim pemantau..kelesss kan kalian??

Selesai tugasku di saat itu. Dan pada masa yang sama keputusan SPM pun keluar,mungkin tidak sebagus yang lain,namun itulah hadiah terbaik sebelum aku keluar daripada sekolah yang sudah pun berusia lebih daripada 50 tahun itu. Aku dipanggil untuk menerima anugerah kecemerlangan akademik bagi Subjek Kesuluruhan Terbaik untuk Matapelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni. Betapa mimpi menjadi kenyataan, sebelum ini aku hanya seorang penghibur,penghias dewan,pengurus dewan ketika orang lain mengambil hadiah,kali ini,aku sendiri berada sebaris dengan mereka yang pernah aku cemburui itu.

AKu diterima masuk ke tingkatan 6 di SMK Alang Iskandar, namun percayalah,tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Sayang masih mengikat aku ke SMKBS. Ketika di tingkatan 6 atas,hampir setiap petang aku ke SMKBS melatih anak buah bahas yang baru. Nor Shakina(kina)Eliza Illani (Lizz) n Mashitah ( budak sewel), jemaah kali ini juga bagus..baik dan dengar cakap. Yang penting semua dah tahu yang aku semakin garang dari sehari ke sehari..tapi diorang ni semua sayangkan aku..tak berapa ingat pula aku sampai mana diorang perform,tapi sangat-sangat memberangsangkan..Aku puas hati... Dan ade lagi satu team yang aku jaga,tapi ingatan semakin kabur mengenai team itu.maaflah kalian bagus tapi gagal meninggalkan kesan sedalam kakak-kakak kalian.huhu..

Kisah debat ini diteruskan lagi sehingga aku di tahun pertama di USM..namun aku telah temui cinta baru,sahabat baru, iaitu Pantun bin Seloka.Inilah keluargaku yang baru.. kasih berputik sekali lagi dengan family Lestary Cinta. pengalaman baru yang sebenarnya membawa kau ke peringkat yang aku idamkan selama ini,siapa tahu dalam hati ini,aku teringin untuk menjejakkan kaki ke peringkat kebangsaan. Akhirnya team Lestary Cinta menjadi Johan Pesta Pantun MAKUM 2010.Alhamdulilah...

akan aku kisahkan cerita Kisah Keluarga Lestary Cinta di lain lembaran..

pasukan gempak..kalahkan SMKA Kerian di pusingan awal..
Dewan kemahsyuran...

Pintu yang tidak bertombol....












Salam...

Jam menunjukkan 4.37 am, 16 Okt 2010...walau kepenatan,aku gagahkan juga mencoretkan rasa hati yang terbungkam di dalam..perjalanan semalam ( Jumaat ) sangat menarik. Kehidupanku di tahun akhir semester I sidang 2010/2011 agak teratur berbanding sebelumnya...mungkin kerana telah aku kurangkan aktiviti seharianku sidang ini.Hari Jumaat adalah hari cuti bagiku...setiap semester juga begitu.Alhamdulilah.. Semalam hari dimulakan dengan cukup berat..aku tidak mampu tidur dengan nyenyak, perasaan yang dikandung seolah-olah begitu berat, seakaan-akan terlalu penuh dan padat.Hariku dipenuhi dengan keadaan emosi aku yang keliru. Seperti biasa juga,di hari Jumaat, penghulu segala hari,aku akan ke masjid USM bagi menunaikan solat Jumaat. Sesudah selesai aku bersama Along menuju ke Kafe Bakti Permai untuk menikmati hidangan tengah hari,kebetulan Abg Rudy mengajak kami bersama.

Bersembang dan bersembang, terpecah la kisah aku dan Si J ini...apa lagi, apabila bersama Doktor LOVE a.k.a Dr Rudy Imran Samsuddin, secara percuma aku mendapat tazkirah..Abg rudy memang begitu, tak lokek berkongsi ilmu,pengalaman dan kisah-kisah dunia artis tanahair.Bermacam-macam nasihat aku terima.Antara yang memberi kesan dan impak mendalam, " Cintailah orang yang mencintai kita Zal "...Tepat dan langsung tidak tersasar.Tembakan maut Abg Rudy kali ini betul-betul mengocak hati yang sebenarnya keliru.

Seikhlasnya,aku bukanlah insan yang sempurna.Malah aku tidaklah be'rupa' seperti orang lain..Kadang-kadang aku rasakan,dalam dunia ini tiada tempat untuk insan seperti aku merasakan apa yang orang lain rasa.Biarlah apa yang orang nak cakap bila aku lafazkan ayat-ayat sebegini,inilah aku yang sebenarnya,tiada siapapun mengenali insan-insan di dalam yang membentuk aku.

Walaupun hakikatnya aku selalu berpesan pada kawan-kawan, "jangan terlalu mencintai kerna sebanyak mana kamu korbankan ketika bercinta..sebanyak itulah kamu akan menanggung kesakitan atas kehilangannya...". tapi itulah.. jangan berjudi dengan perasaan,sekali tersangkut,sampai ke sudah kita menanggung deritanya.Biarlah, seorang doktor pun belum tentu mampu memastikan dirinya sihat walaupun hari-hari memberi nasihat kepada pesakit supaya menjaga kesihatan.

Dalam meniti kehidupan,kita tak mampu lari dari sejarah,kita tak mungkin hidup tanpa kenangan. Mustahil..setiap saat yang kita lalui,pasti tercatat sejarah dan memori. Ada yang manis,ada yang pahit, ada yang suka dan ada yang duka.Bagi aku, inilah perencah kehidupan yang kita kumpul untuk menjalani hari-hari seterusnya.Hidup dibuai kisah lama mungkin boleh dikatakan khayal,berangan dan gemar bermimpi. Namun,kadang kala, kenangan itulah yang membuatkan kita hidup sehingga ke saat ini. Kenangan manis membuatkan kita merindui saat-saat indah itu,kenangan pahit mungkin mengajar kita erti kesabaran,erti ketabahan dan erti takdir adalah penentu.

Kisah cinta aku bukanlah seagung kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz,ianya sekadar cinta-cinta monyet di zaman persekolahan. Namun manisnya saat-saat aku bersama dia,membuatkan aku susah untuk menerima orang lain sedangkan aku tahu dia sudah pun berkeluarga.Hubungan 5 tahun bersama F,sangat bermakna. Hubungan yang terbina bermula daripada Tingkatan Satu sehinggalah ke Tingkatan Lima. Biarpun jarang bersua,namun ikatan itu sungguh kuat. Dia melengkapi segala ciri-ciri kehendakku. Namun semuanya berakhir apabila ibunya mengetahui hubungan kami,dia dipaksakahwinkan dengan pasangannya hari ini.Alhamdulilah,sudah bernasab.Dan disebabkan kebahagiaan itu, aku meletakkan satu beban yang sangat besar pada insan lain dengan harapan,mampukah kamu memberikan aku kebahagiaan yang sebegitu seperti aku rasakan sebelum ini.

Hidup bergelumang dengan perasaan yang tak pasti juga satu dugaan yang berat.Aku terima beberapa insan selepas itu,dengan niat mengubat luka yang ada, percaturanku semuanya salah dan terpesong. Maaflah, kalian mungkin memiliki sebahagian kecil daripada hatiku ini,namun mungkin sekadar pengubat kesunyian. Ku hitung satu-satu dosaku pada kalian yang banyak berkorban untuk memenangi hatiku ini,namun selepas F, tiada air mata atau kekesalan aku kirimkan bila kita akhiri perhubungan -perhubungan kita.Aku tak mampu.

Hari ini kisah-kisah lalu berulang kembali. Kata Abg Rudy, "Siapa yang tak nak orang yang nakkan kita"...betul Abg Rudy.Tapi itulah, bila terlalu keliru,pilihan yang datang hanya dibelek dengan mata,tidak diperincikan dengan mata hati. Akhirnya, hidup mula dibayangi rasa bersalah yang teramat.Maaflah.Semuanya adalah kerana pintu hati belum terbuka.Pintunya tidak bertombol daripada luar,ia hanya boleh dibuka daripada dalam.namun, entah saat bila pintu itu akan terbuka,aku sendiri tidak dapat meneka.

maaflah..aku bukan insan sempurna. Percayalah,akan ada insan yang lebih baik buat kalian di luar sana.. Biarlah aku disini, bertarung dan saling berbunuhan dengan perasaan yang sentiasa keliru..

salam..

ku biar jari-jemari menari di papan kekunci..

Hakikat Cinta by Dayang Nurfaizah

Usah di kesal yang berlaku

Saat ku lafaz kata pemutus

Tiada gunanya segala alasan

Takkan ku berundur walau seketika

Tak perlu merayu pada hati ini

Tak perlu lagi aku menangisi

Takdir menentukan kitakan berpisah

Terimalah hakikat cinta kita

Pedihnya semalam masih ku terasa

Luka yang berdarah mengalir kesakitan

Hati yang kecewa menangis sedih

Di hiris pilu

Jiwa meronta hiba

Tak bisa putuskan kemahuan hati

Yang menyeksakan diri

Namun kekuatan yang masih tersimpan

Terlepaslah daku dari derita

Usah disebut kisah yang lalu

Tertutup sudah pintu hatiku

Cukuplah bagi ku

Tuhan Maha Esa

Hanyalah dia penawarku 

Pedihnya semalam masih ku terasa

Luka yang berdarah mengalir kesakitan

Hati yang kecewa menangis sedih

Di hiris pilu

Jiwa meronta hiba

Tak bisa putuskan kemahuan hati

Yang menyeksakan diri

Namun kekuatan yang masih tersimpan

Terlepaslah daku dari derita......

Usah disebut kisah yang lalu

Tertutup sudah pintu hatiku

Cukuplah bagi ku

Tuhan Maha Esa

Hanyalah dia penawarku...



SeLf iNtRoDuCtioN pLeaSe!!!

Holaaa guysss......1st n foremost,i would like to advocate millions of thanks,hugs and kisses so much 4 being my frenz....how should i brief and tell you about myself???

Eiyzall EiyzhanN Azami aka Ezal Ezham Azami is an unpredictable guy,always fall in luv.....i dont like people who are easily, unhesitatingly underestimate or overestimate other people without knowing them very well!I'm a very simple guy,cute and happy go lucky person....Wish 2 make millions of frenz......I'm friendly, decent, honest, trustworthy, truthful, humble, optimistic, jovial, cordial, nice, sweet ,adorable..etc. You name it,you got it..hahaha...I'm fun to be with and sometime could be serious depending on the situation.. Ahakssss...I do love partying.Other than that, I like to chilling out at the quite,serene and captivating places where I can relax myself and enjoy the scene...but...most of the time i like to spend my day at home...

Personally,I like to try new,fresh and interesting things..Always expect d unexpected when you are exist surrounding me..still to0 much to be list down about myself bCoz I myself still unable to dismantle the secrets within myself..plus, i believe life is not merely about finding yourself,but it is about creating yourself.My world is unexpectedly astonishing and aku jatuh cinta!But life always inequitable.that is why I often perceive that "man is born free but everywhere he is in chains".but..I take it as a challenge to be candid.Here and there, everytime n everywhere I eagerly try to comprehend my life and its mix of beauty of brutality. If u want to discover more, just give me a shout ok...last but not least, i do luv Datin Seri DaTo' SiTi NurHaLiZa vErY muCh!!!






(p/s intentionally,i copied this from my facebook,huhu... )