Thursday, May 10, 2012

Ulasan Teater : Akulah Perempuan itu.




Pertama sekali tahniah kepada produksi ini terutamanya pengarahnye yang iols adore dari dlu, Intan Syeefa..

"Akulah Perempuan Itu" adalah sebuah pementasan teater eksperimental...

Ook lets begin...

Saya selaku penonton, saya nampak fokus utama teater ni adalah satu ekspressi cetusan rasa perempuan-perempuan yang menghadapi bebanan kehidupan akibat lelaki.. melalui fahaman feminisme, lelaki-lelaki yangg digambarkan di dalam filem ini adalah jantan-jantan pada zaman patriarchal yang menganggap wanita adalah barang kepada lelaki. Woman as their object of possession..

Tiga figura wanita bangkit dari lantai penonton memulakan penceritaan tentang kisah mereka dari tempat duduk penonton.... satu idea yang bagus.. Ia menunjukkan bahawa bukan sahaja tiga watak ini yang melaluinya, tetapi sebahagian daripada penonton juga mengalami depresi perasaan yang mereka lalui.



Pecahan watak:

Bagi watak Tun Teja..saya rasa Teja yang dikagumi hilang kemelayuan.. Tun Teja adalah seorang serikandi melayu yg gagah, namun jatuh dan terpaksa tunduk pada lelaki... era dan latar masa ketika itu menunjukkan lelaki adalah satu entiti perkasa yang perlu dipatuhi.. kisah cinta zaman dahulu juga tidak dibawakan dengan baik.cinta dahulu kala mempunyai elemen kecintaan yg sangat tinggi. saya rasa rujukan terdekat yang boleh kita boleh rasa & lihat adalah PGL.

Watak Kamariah, juga.. tidak diceritakan dan dideritakan dengan baik kehidupan perempuan joget yg selalu dihina, dikeji masyarakat.. maaf..kadang-kadang nampak dia perempuan joget, kadang-kadang hanya nampak dia sebagai seorang suri rumah yg menjanda terlalu lama dan mengharap belaian kasih seorang lelaki yang tinggal berdekatan dengan rumah.

Bagi watak yang dinilai,watak kartika, bagus..Momentum dan energy ada turun naik tapi masih pada skala yang tak begitu jelas hingga menampakkan perubahan mood yang ketara.. Saya dapat rasakan keperitannya dirogol ayahnya sendiri..

Bait-bait dialog juga boleh dikemaskan kepada ucapan-ucapan harian kehidupan yang lebih dekat pada diri penonton.. (terlalu cepat lafazan dialog, saya rasa kalau ada bahagian-bahgaian dialog yang didiamkan seketika,ditambah dengan dengusan nafas, impak pada kekuatan dialog dapat dirasai)

eg : "agama apa yang aku anuti?"  ...saya rasa kalau baitnya ditukarkan kepada "agama apa yang aku ada?".... lebih terasa..lebih menyengat...

Penggunaan prop yang kurang jelas.. lukisan pertama tidak nampak figura perempuan.. satu kehampaan pada saya.. satu elemen yg menarik apabila kita mengunakan lukisan sebagai gambaran wanita.. saya lebih gemarkan kalau elemen-elemen wanita sebagai objek dan simbol seks ditonjolkan pada lukisan-lukisan tersebut. mungkin gambar payudara, faraj dan bibir boleh ditonjolkan... kita berjaya menunjukkan bahawa lelaki tumpas pada wanita hanya untuk seks. kelemahan lelaki yang wanita kuasai adalah wanita pemegang kepada kunci peti nafsu mereka... lelaki sanggup merendahkan martabat mereka sebagai makhluk paling mulia diciptakan Tuhan hanya kerana mendambakan nikmat tubuh wanita yang sedetik cuma....