Saturday, December 3, 2011

Dua tahun bersama MPDR..ku himpun permata berharga…

rama bertingkah tika bersanding,

Lunaknya bagai syair sang ratu,

ku susun langkah di menara gading,

Ku temu mahligai indahnya RESTU...

Lama benar jari-jemari ini tidak mencoretkan sesuatu. Bukan tak mahu berkarya, cuma ada penulisan yang belum sempurna untuk dikongsikan bersama. Kisah kali ini akan lebih terbuka, tidak akan berselindung, dan akan meluahkan apa yang aku rasa selama berada dalam sebuah organisasi. (if ada yang nak terasa, sila la keluar dan remove aku dari friend list. I don’t mind) Kisah kali ini berkaitan dengan kenangan, pengalaman, dan saat-saat tika bersama dengan Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR). Sekejap benar rasanya. Aku adalah pelajar dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Ditempatkan di Desasiswa Restu yang agak jauh dari kampus, namun inilah rumahku syurgaku. Manisnya dapat menjadi sebahagian daripada penghuni Desasiswa Restu sebenarnya satu rahmat tuhan yang tidak ternilai harganya. Di sini, di sanggar ini, aku ditemukan dengan sahabat, kawan, teman mahupun musuh. Aku bersyukur..( Terima kasih juga kepada penggawa Dr.Rahimah, kerana memberi keizinan untuk aku dan room-mateku Fakhruddin Salleh duduk sebilik.. 3 tahun saya duduk sebilik dengan kudin..)

Tahun pertama aku, sidang 2008/2009. Bermula ketika tamatnya latihan dan persembahan variasiswa, kami diajak untuk menyertai MPDR. Aku masih ingat lagi, aku turun untuk interview exco bersama teman-teman sedesa yang baru. Aku, Kudin, Epin, Saffi, Zairee dan beberapa lagi. Alhamdulillah kebanyakan kami diterima sebagai Exco pada sidang itu. Aku diterima sebagai Exco Aras. Mulanya Kudin adalah Pembantu Exco, tetapi disebabkan Exco Aras tidak mencukupi, dia dicadangkan dan dinaikkan pangkat sebagai Exco Aras.

Haha.. Bila dengar Exco Aras, mesti ramai yang berfikir dan beranggapan sesuatu.. Ye, Exco Aras memikul tanggungjawab utama lagi mulia menjaga barang-barang di stor ketika penghuni pulang ke kampung halaman masing-masing ketika musim cuti. Kamilah yang akan pulang paling lambat bila musim cuti semester bermula. Tahun itu hanya ada 4 orang exco aras lelaki. Aku, Kudin, Haja Mydin dan Daniel. Kami menjaga 6 tempat penyimpanan barang. Kami dipantau oleh seorang ketua iaitu Izzat. Walaupun ketua tidak begitu membantu ketika kami melaksanakan kerja-kerja mulia sebegini, kami akur. Cabaran pertama kami ialah perubahan dalam sistem penyimpanan barang di stor. Kali ini, atas nasihat dan perbincangan dengan pihak pengurusan , penyimpanan barang di stor dikenakan bayaran RM1 atas setiap satu beg yang disimpan. Permulaan yang sangat mencabar bagi kami. Kertas iklan tentang penyimpanan barang di stor telah diconteng dengan berbagai-bagai amaran dan ada yang dikoyak. Lif juga menerima kesan yang serupa. Lif diconteng dan dirosakkan. Semuanya kerana ada yang tidak berpuas hati dengan caj baru yang dikenakan bagi penyimpanan barang di stor. Perubahan sistem ini dilakukan atas inisiatif exco-exco aras sendiri. Kami menyediakan borang, menyediakan pelekat untuk barang-barang yang disimpan agar memudahkan penghuni serta bagi mengelakkan dari kehilangan barang, dan jadual bertugas yang sistematik. Ketika itu,segala perbelanjaan untuk mencetak dan mengphotostat kertas-kertas adalah di atas duit kami sendiri. Atas pelaksanaan sistem baru tersebut, kami dimaki, kami diherdik oleh senior-senior kerana caj yang dikenakan. Biarpun sesi menyimpan barang bermula pada pukul 8-12 tengah malam ketika musim peperiksaan sedang berlangsung, kami masih melakukan tugas-tugas itu dengan rela. Bahkan, ada ketika pintu bilik diketuk di saat pukul 3 ,4 pagi, namun kami bangun dan melaksanakan tugas sebagai exco aras. ( Walaupun esok pada pukul 9 pagi ada kertas peperiksaan yang perlu dijawab) Semuanya kerana amanah, kerana ikrar yang kami lafaz dan kerana niat kami menyertai MPDR adalah untuk mencari pengalaman. Alhamdulillah, dari herdikan-herdikan dan makian-makian yang kami terima, akhirnya terkeluar juga dari mulut-mulut yang sama yang mengatakan tiada barang yang hilang mahupun rosak. Perkhidmatan Stor sidang itu adalah lebih baik dari yang sebelumnya. (sekarang korang faham kan kenapa aku marah sangat dalam note ~ SANGAT MESRA PENGHUNI~ tu? )

Pengalaman demi pengalaman dikutip pada sidang itu. Antaranya apabila pucuk pimpinan bermasalah, ia akan membawa kepada yang bernaung di bawah. Tahun pertama, aku sudah belajar bagaimana bekerja dalam keadaan organisasi yang berpuak-puak. Bagaimana melakukan tugas dengan pemimpin yang tidak berpegang pada janji. Bagaimana bekerja dengan ahli kumpulan yang mempunyai ideologi yang berlainan. Agak perit pada tahun itu, di dalam sebuah bilik meeting ada dua organisasi yang berselisih pendapat duduk berbincang bersama. Bukan sekadar berbincang, namun terpaksa bekerja bersama, menyelesaikan kerja sekali, bersemuka hampir berejam di bilik meeting dan meeting berkali-kali dalam seminggu. Namun aku anggap aku itu semua pengalaman untuk digunapakai bila memasuki alam kerjaya nanti. Hampir semua aktiviti disertai oleh Exco Aras. Walaupun bermasalah, namun sidang 2008/2009 adalah tahun gemilang Restu. Johan DPNC, Johan PADU, Johan SORAK, Johan MASKOT ( bangga sekejap ) dan lain-lain lagi kemenangan. Kalau diikutkan, yang menang ni banyaknya hasil usaha puak kami ( PKR) hahaha… tak gituuu?

Tahun inilah aku mula rapat dengan senior and sahabat-sahabat yang sangat istimewa. Mamu Khairul Anwar, Firdaus Selamat, Izaini Zainon, Zaim, Hafizzudin. Kak Has, Flora, Losh, Kak Adah, Ah-Ching and lain-lain. Entahlah, tapi seriously chemistry dengan diorang ni lagi kuat.. Diorang ni semua sempoi.. banyak aktiviti dilakukan bersama. Yang penting kebanyakan diorang ni sangat berbakat dalam kepimpinan. Bagilah apa saja projek, mesti diorang laksanakan dengan cemerlang.

Maaflah, sidang 2008/2009 adalah sidang di mana aku banyak belajar dari kesilapan-kesilapan yang dilakukan orang lain tika memimpin. Apa yang penting, yang elok dijadikan pedoman, yang tak elok sesuailah jadi bahan kutukan dan umpatan..hahaha…siapa yang ada pada tahun ini, tahulah bagaimana keadaan tika berada di dalam bilik meeting..yang penting tahun pertama aku dah pandai melaser.. opssss.. anugerah tuhh.. hikssss…

Sidang 2009/ 2010, sekali lagi aku terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga MPDR, kali ini MPDR diterajui oleh Mohd Zaim Zainal Adnan… sidang ini aku diberi kepercayaan mengetuai Biro Akademik. Semua anggota Biro akademik sidang ini adalah wanita..hahaha.. Aku dibantu oleh Nadya Ajman, Yeni (Siti Khairani), Ayu (Ummi Aishah) and Ain ( Sharifah Ain).. Sungguhlah sempoi wanita-wanita ini..semuanya melaksanakan tugas dengan cemerlang. Sidang ini agak kelam kabut bagi aku (komitmen pada pantun USM).MPDR sidang ni terpaksa menanggung kesan dan impak negatif dari sidang lepas. Bagi biro Akademik, kami kehilangan peserta utama untuk program Jejak Bestari iaitu pelajar-pelajar dari MRSM PDRM kulim. Hal ini kerana jawatankuasa jejak bestari pada sidang yang lepas gagal menjaga kebajikan pelajar-pelajar tersebut. Akhirnya kami yang menanggung kesan. Ketika inilah ahli-ahli biro akademik bertungkus-lumus mendapatkan peserta yang baru. Walaupun projek dijangka pada bulan Februari 2010, surat-menyurat sudah mula dihantar pada awal September 2009. Team DPNC dijaga oleh aku dan PADU dijaga oleh Ayue. Semua aktiviti akademik dibantu oleh Yeni n Ain. Best betul menjaga anak-anak hayam yang dengar kata..haha…

Walaupun sidang ini MPDR tak begitu mekar namanya, namun bagi aku sidang ini lah organisasi yang terbaik. Kami bekerja, melakukan tugas, melaksanakan projek, berkhidmat untuk penghuni, semuanya macam satu keluarga. Tidak wujud lagi istilah berpuak-puak. Suasana di dalam bilik meeting juga aman dan damai. Majlis tertinggi pada pada sidang ini juga gempak-gempak semuanya.. Zaim, kak Has, Flora, Daus, Losch, Hafiz, Afi, Ah –Ching and Kudin.. Entahlah..Tapi aku sangat enjoy dengan MPDR sidang 2009/2010. Tahun ini jugak aku berubah dari arena debat ke arena pantun. Banyak yang aku belajar pada sidang ini. Antaranya ialah penganjuran Pesta Pantun Antara Desasiswa oleh Desasiswa Restu. Sebagai pemantun varsiti, penganjuran PADU tahun itu adalah sangat bagus dan mencapai standard penganjuran kebangsaan. Siap boleh jemput Fedtri Yahaya lagi dan juri dari luar. Dari penganjuran itu,aku belajar bagaimana untuk menghasilkan kertas kerja yang bagus, bagaimana menguruskan event-event yang berskala besar dan bermacam-macam-macam lagi.

Inilah antara kisah-kisah yang aku mampu kongsikan ketika berkhidmat dalam MPDR. Bagi adik-adik junior yang akan, bakal mahupun berminat menyertai MPD, betulkan niat. kalau niat sekadar nak mencari publisiti murahan, baik batalkan niat menyertai MPD. Khidmat anda hanya akan menyusahkan orang lain. Jadikan MPD sebagai medan untuk menuntut ilmu selain di bilik kuliah.

Ringkasnya, 2 tahun sebagai EXCO MPDR, banyak permata-permata ilmu yg berjaya dikutip..disini aku belajar..

~ menjadi sebahagian daripada sesebuah organisasi.

~ menghormati dan mengetahui etika ketika di bilik mesyuarat.

~ membentuk kertas kerja yang bagus.

~ kemahiran berkomunikasi yang lebih profesional.

~ teknik dan cara menguruskan sesuatu majlis formal mahupun tidak formal.

~ etika surat-menyurat.

~ protokol-protokol tertentu ( protokol untuk VIP, VVIP & lain –lain).

~ menghormati dan dihormati.

~ cara memimpin dan dipimpin.

~ melaksanakan sesuatu program dengan lebih sistematik

~ dan bermacam-macam-macam lagi…

Kenangan selama di Desasiswa Restu Terchentaaa ini tak mungkin dilupakan… tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berkasih sayang…

Sekian. Disini dahulu coretan merapu…

Salam.

No comments:

Post a Comment