Sunday, January 6, 2013

Selamat Tinggal 2012



Selamat tinggal 2012

Sekejap betul dah habis tahun 2012. Alhamdulilah..masih dikurniakan nikmat untuk bernafas di bumi Tuhan ini. Tahun 2012, tahun permulaan untuk fasa hidup selepas alam akademik. Menikmati kerjaya, mengharungi dugaan, merasai kemenangan, menangisi kegagalan.

Permulaan 2012 tahun ini sebenarnya bermula dengan tarikh 1 February 2012.. buat ada still ada event before that.

1. Anugerah Juara Lagu 26~ Live from Stadium Putra Bukit Jalil.


AJL moment

Tahun ni berkesempatan untuk ke AJL lagi.. Terima kasih Abg Rudy for the ticket. time ni sempat lepak putrajaya dengan kawan-kawan.

2. Bergelar Mista Secretary of Alumni USM.

tarikh 1 Feb 2012 adalah tarikh bermula kehidupan sebagai Setiausaha di Alumni USM. First time bekerja seumur hidup. Alhamdulilah, selepas direject kerja di KPT and bodoh sombong sebab tolak offers kerja di KL. Rupanya rezeki tuhan simpan di bumi USM.


Mista Secretary


Office di AUSM

3. Trip Trio Bachelor ke Cameron Highlands

Tak sangka trip ni jadi even rancang last-last minute. Tiga most eligible bachelors ni bercuti ringan di Cameron Highlands, even trip satu hari..susah nak kumpul tiga orang ni sekali sebab Syark study kat Jepun.


Me+ Syark +Makan


Arop+ Me+ Makan

4. Jurulatih Pantun dan Kemenangan Pertama ~ Pesta Pantun Bestari 2012

Selepas pertandingan pantun intergrasi di UKM, aku diamanahkan oleh Kak Asmalia untuk melatih pemantun-pemantun Varsiti USM. Beratnya amanah kali ini. Pengalaman kurang, ilmu yang tak banyak. Tapi bila lagi nak berbakti pada USM. As alumni, aku tak mampu sumbangkan wang ringgit untuk pembangunan Universiti, tetapi dengan cara ini sedikit sebanyak aku kira aku mampu membantu USM. Latihan kali ini bermula dengan drama sebabak pemantun-pemantun junior. Gee, Yah n Dila. Penangan wasiat kak Asmalia, gugur air mata aku. Alhamdulilah, kalau takde gerimis, tak mungkin berbaris pelangi di langit tinggi. Penat jerih, tepuk, ketuk, tampar, sebat, sepak terajang, rotan semua membuahkan hasil. Alhamdulilah.. Rezeki budak-budak ni. Thanks kepada Aizul yang selalu bantu untuk manage pemantun-pemantun USM.


adik-adik yang aku paling sayang..


team paling best jaga.


tiga wanita propa


Alhamdulilah..syukur.

5. Jurulatih Pantun dan Kemenangan Kedua ~ Pesta Pantun MAKUM 2012

Tak sempat habis penat untuk latihan Pantun Bestari, latihan diteruskan untuk persiapan ke medan Pesta Pantun MAKUM 2012. Latihan kali ini dibantu oleh Azmi. Time ni, Masya ALLAH, nak buat soalan pantun sahaja, aku boleh terbaring n terbongkang bawah meja. Tema kali ini sangat spesifik dan mencabar. Latihan bertukar dari bertulis pada Bestari kepada spontan. Bertambah beban. Gelak tawa, tekanan demi tekanan dari Balairong Seri Istana Restu dibawa ke UIAM. Nasib baik kanda Azmi sudi luangkan masa bersama. Persembahan final kali ini kurang memuaskan. menangis adik-adik bila selesai berpantun. masa tu, dah redha kalau tak mendapat johan. Rupanya tuhan maha pemurah, rezeki masih milik USM. USM johan untuk Pesta PAntun MAKUM 2012.mengulangi kejayaan 2002 dan 2010.


latihan mempropa.kepalanya hanun yamnun


latihan sambil makan. cafe arab.


5 jejaka kachak. hanun pun jejanzz..


keluarga lestary cinta + baihaqi


Alhamdulilah. Kalau ini kehendak Tuhan..

6. Jurulatih Pantun dan Kemenangan Ketiga ~ Pesta Pantun Antara Desasiswa (PADU) USM

Kak Asmalia cakap, 'ezal, ko kene lawan kak as, kak as dulu jaga korang,kak as menang tiga. hatriks..ko kene macam tu jugak". hahhaa.. fuhhh..dushhh, rasanya macam satu bukit gambir jatuh atas bahu.. Kalau kak as dah cakap macam tu, kena buat lah.. Kak As pandai.bagi kami makan sedap-sedap, then buli kami dengan cara macam ni.. Lepas Pantun bestari n Pantun Makum, latihan disambung pula pada Pantun PADU. Takde istilah rehat. Time ni, Azmi yang gagah pun turun padang. Kali ni bagi Gee jadi pengurus n Co-Jurulatih. haha.. baru kau rasa Gee.. Yah n Dila still peserta sebab dua masih baru dalam Arena PADU. Gee dah lama sangat. Orang bosan. Kali ni pasukan pantun daripada Istanasiswa Restu mendapat ahli baru, iaitu Siti n Afiq yang Pemalas. hahaha.. Alhamdulilah, menang str8 set. pemantun terbaik pun semua game budak-budak ni sapu. Sekejap Yah, sekejap Dila. ramai yang tak puas hati aku turunkan pemantun varsiti. sebenarnya,pentas PADU lebih susah dari pentas-pentas di peringkat Varsiti. PADU terlalu banyak politik. Pengalaman lalu mengajar aku. Pentas PADU, apa-apa boleh jadi. Mana taknya, time aku, Azmi n Gee lawan di PADU, kami kalah, but bila lawan di pantun MAKUM 2010, kami menang Str8 set. Takke hebat penjurian di USM? So siapa yang rasa kurang puas hati kes pemantun varsiti lawan di peringkat kolej, i'm free to talk to. gtuuuuuuu...


gabungan baru Restu


we are a happy family


hahaha.. teknik baru memikat juri


tahniah adik2...

7. Oh ya.. saya part of Pasukan Sorak Istanasiswa Restu and tahun ni kita menang!

haha.. pasukan sorak restu. Tak mungkin hilang dari ingatan. dari First year join Pasukan Sorak Restu.. Tahun ni, time TOT, banyak mantan yang turun, ratu Siren daripada Putrajaya pun turun padang. Love you guys.. Kita menang untuk tahun ni. good jobs girls!


woww hebat!


love you girls!


kami Alumni Sorak Desasiswa Restu.

8. dah beli kereta.. Royale Myvi.. hahaha


Mista Snowie

9. Lain-lain kenangan 2012


Hari Raya.


wedding kak Shaza


wedding kanda Azmi


seoul garden's time!


MC wedding majlis abg ash n kak z


batu Ferenghi..mencari hadiah abg koko.


Kuala Lipis


Deepavali di Rumah Loschana..


Doakan lah ini menjadi kenyataan... aminn...


Tahun 2012.. tiada cinta untuk saya.. life is simpler n way more happier...



last but not least.. semoga 2013 menjadi lebih baik dari sebelumnya...


Epilog Samudera Perkasa


Epilog Samudera Perkasa





Madah pujangga :

ranum delima jadi idaman,
sayang terjatuh di dalam reba,
pujangga lama selalu berpesan,
lenturlah buluh dari rebungnya...


celahan reba lalangnya rapat,
sayang basah gerimis melanda,
pujangga jua beri nasihat,
pipit usah kau pipis lada...


gerimis melanda turunnya lebat,
pinggiran desa berkabus samar,
kata pujangga buat azimat,
masih berbisa ular di akar...


hingga ke telok samar cahaya,
terlihat kemudi pukat disangkut,
sematkan elok kias pujangga,
resmi padi elok diikut...


Pesan kekanda:

elok-elok melayar bahtera,
bimbang dibadai ombak bergulung,
elok-elok melayar kata,
bimbang nanti akal terpesong...


elok elok kemudi kapal,
gusar layar carik ditepi,
elok elok biar berakal,
gusar sabar berunggun api...


elok-elok membongkar sauh,
takut terikat di celah karang,
elok-elok fikirkan jauh,
takut diumpat direjam orang...


elok-elok melepas pukat,
mungkin terkoyak robek sejengkal,
elok-elok tika berpakat,
mungkin banyak korban sekapal...


elok-elok di tengah samudera,
ribut melanda tak kira waktu,
elok-elok pimpin keluarga,
jangan ada yang tinggalkan ibu...


Dari kekanda :

bukan mudah mendaki gunung,
berlurah berbatu onak berduri,
bukan susah untuk merenung,
buka pintu hati sendiri...


bukan mudah menyelam lautan,
dasarnya dalam gelap gelita,
bukan susah bina ikatan,
ikhlas kau sulam kasih kau cipta...


bukan mudah terbang di awan,
dipanah mentari guruh berdentum,
bukan susah hendak berkawan,
bersihkan hati sayang berkuntum...


bukan mudah menggapai bulan,
dipagar bintang seribu kejora,
bukan susah menjadi tauladan,
sombong kau buang elokkan bicara...


Rahsia buat dinda.

selembut air bisa menghakis batu...
selembut ombak bisa merubah pantai..
selembut bayu bisa menggugur daun...

namun pabila hati yang lembut menjadi keras... seikhlas mana pun tak bisa mencair.....

Sahibul Hikayat Pentas Dibuka


Salam..

sudah lama tidak mencoret di ruangan maya...

Pertama sekali, Alhamdulilah syukur atas rahmat, keizinan dan rezekiNYA, pasukan pantun USM berjaya mengekalkan kejayaan di Pesta Pantun Bestari 2012. Terima Kasih kepada Kak As kerana mempercayai Ezal untuk membimbing, mendidik dan menjadikan adik-adik Ezal pemantun-pemantun yang menghormati antara satu sama lain. Amanah dan amanat yang Kak As bagi cukup besar untuk Ezal pikul. Namun, kerana kasihnya ezal pada keluarga yang kita bina selama ini, Ezal usaha sedaya mungkin. Keluarga Lestary Cinta akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.



dinda sekalian...

Pentas pantun, bukan lah arena yang dibuka seru gelanggangnya untuk menunjukkan kelemahan pihak lawan.. bukan untuk memperlihatkan pasukan mana yang mampu kita kunyah hidup-hidup.. bukan jua untuk kita pamerkan betapa mereka boleh dipandang rendah dan boleh dijeling sinis. tidak.. itu bukanlah pantun yang sebenarnya.

ingat pesan kanda Azmi... Dunia pantun adalah anugerah kepada yang mengalaminya. Dunia pantun membawa kalian jauh daripada gelanggang yang hanya berlangsung selama 3 pusingan itu. Dunia pantun adalah pentas kalian mengenal erti sebenarnya kehidupan. Erti bagaimana kalian berhadapan dengan pancaroba di kemudian hari di kehidupan yang sebenar. Dunia yang memberi kalian peluang dan ruang untuk berfikir sebelum bertindak. Ruang yang membolehkan kalian mencari dimana kekuatan akal kalian yang sebenar.

Tiadalah lengkap seorang pemantun itu andainya dia menganggap pentas pantun adalah untuk memalukan, menjatuhkan dan membuatkan pihak lawan terdiam dan tergagap... dia tidak berjaya memurnikan dirinya sebagaimana dia murnikan bait-bait indah dalam ungkapan pantunnya.

Bagi kanda, pantun adalah lebih dari bait indah seloka berkarang yang berima dalam kerat-keratnya yang tersendiri.. pantun menguji ketajaman akal dan kebolehan berfikir dalam detik masa yang menanti denting loceng. Pantun memberikan kanda satu kepuasan apabila kanda berjaya menzahirkan pembayang-pembayang yang indah yang lahirnya dari bahasa Melayu yang sudah asalnya indah. dan paling penting, pantun memberikan kanda rasa dan nikmat kemelayuan yang tidak terhingga...

ingatlah adik-adik... dimana kaki menguis tanah,janganlah disitu langit kau sanggah.. rendahkanlah hati kalian sebagaimana kalian inginkan badarsila bermanja di riba.

gugurlah gugur daunan layu,
gugur sehelai di kala subuh,
apalah erti pantun melayu,
andai diguna mencari musuh..

gugurlah gugur daunan layu,
gugur ke tanah tepian sawah,
apalah guna pantun melayu,
andai dilayar meracun ukhwah..

gugurlah gugur daunan layu
gugur menimpa di muka kali,
apalah seri pantun melayu,
andai dikias meluka hati..

Thursday, May 10, 2012

Ulasan Teater : Akulah Perempuan itu.




Pertama sekali tahniah kepada produksi ini terutamanya pengarahnye yang iols adore dari dlu, Intan Syeefa..

"Akulah Perempuan Itu" adalah sebuah pementasan teater eksperimental...

Ook lets begin...

Saya selaku penonton, saya nampak fokus utama teater ni adalah satu ekspressi cetusan rasa perempuan-perempuan yang menghadapi bebanan kehidupan akibat lelaki.. melalui fahaman feminisme, lelaki-lelaki yangg digambarkan di dalam filem ini adalah jantan-jantan pada zaman patriarchal yang menganggap wanita adalah barang kepada lelaki. Woman as their object of possession..

Tiga figura wanita bangkit dari lantai penonton memulakan penceritaan tentang kisah mereka dari tempat duduk penonton.... satu idea yang bagus.. Ia menunjukkan bahawa bukan sahaja tiga watak ini yang melaluinya, tetapi sebahagian daripada penonton juga mengalami depresi perasaan yang mereka lalui.



Pecahan watak:

Bagi watak Tun Teja..saya rasa Teja yang dikagumi hilang kemelayuan.. Tun Teja adalah seorang serikandi melayu yg gagah, namun jatuh dan terpaksa tunduk pada lelaki... era dan latar masa ketika itu menunjukkan lelaki adalah satu entiti perkasa yang perlu dipatuhi.. kisah cinta zaman dahulu juga tidak dibawakan dengan baik.cinta dahulu kala mempunyai elemen kecintaan yg sangat tinggi. saya rasa rujukan terdekat yang boleh kita boleh rasa & lihat adalah PGL.

Watak Kamariah, juga.. tidak diceritakan dan dideritakan dengan baik kehidupan perempuan joget yg selalu dihina, dikeji masyarakat.. maaf..kadang-kadang nampak dia perempuan joget, kadang-kadang hanya nampak dia sebagai seorang suri rumah yg menjanda terlalu lama dan mengharap belaian kasih seorang lelaki yang tinggal berdekatan dengan rumah.

Bagi watak yang dinilai,watak kartika, bagus..Momentum dan energy ada turun naik tapi masih pada skala yang tak begitu jelas hingga menampakkan perubahan mood yang ketara.. Saya dapat rasakan keperitannya dirogol ayahnya sendiri..

Bait-bait dialog juga boleh dikemaskan kepada ucapan-ucapan harian kehidupan yang lebih dekat pada diri penonton.. (terlalu cepat lafazan dialog, saya rasa kalau ada bahagian-bahgaian dialog yang didiamkan seketika,ditambah dengan dengusan nafas, impak pada kekuatan dialog dapat dirasai)

eg : "agama apa yang aku anuti?"  ...saya rasa kalau baitnya ditukarkan kepada "agama apa yang aku ada?".... lebih terasa..lebih menyengat...

Penggunaan prop yang kurang jelas.. lukisan pertama tidak nampak figura perempuan.. satu kehampaan pada saya.. satu elemen yg menarik apabila kita mengunakan lukisan sebagai gambaran wanita.. saya lebih gemarkan kalau elemen-elemen wanita sebagai objek dan simbol seks ditonjolkan pada lukisan-lukisan tersebut. mungkin gambar payudara, faraj dan bibir boleh ditonjolkan... kita berjaya menunjukkan bahawa lelaki tumpas pada wanita hanya untuk seks. kelemahan lelaki yang wanita kuasai adalah wanita pemegang kepada kunci peti nafsu mereka... lelaki sanggup merendahkan martabat mereka sebagai makhluk paling mulia diciptakan Tuhan hanya kerana mendambakan nikmat tubuh wanita yang sedetik cuma....



Sunday, February 26, 2012

SUFFOLK HOUSE ANGLO INDIAN BRUNCH TIFFIN

Baru-baru ini, iolss telah mendapat satu invitation dari seorang Ratu yUeSeM untuk pergi ke satu press release of the new Anglo-Indian Brunch Tiffin di Suffolk House Penang. Penah la iolss terbaca tentang Suffolk House ni kat blog beliau. Then tak disangka2 ibarat orang mengantuk and disorongkan tilam empuk Vono, iolss telah mengikut beliau dengan menaiki Cik Dorrie Limousin 4 pintu beliau... Sebagai seorang anak ayam yang suchi, iolss terkesima dengan kehebatan pemanduan Marhayam iolss.. dia memandu kereta MANUAL oke. Sentap seketika..hahha

Nenjiaaaa.mak hayam iolss..cun x? opppss..ini wanita siapa yang punya? En khafi yang punya.. wuwuuwu ( feeling2 dalam filem ahmab albab) =)
baiklah.. lets start with the super delicious, mouth-watering Anglo Indian Brunch Tiffin session.
before we start, better semua ada idea tentang what is actualy Anglo-Indian. Secara simplenye, ANglo Indian ni adalah satu keturunan susur galur yang mana ketika penjajahan British di India, ada dalam kalangan mereka yang telah berkahwin dengan penduduk asal di India. Hasilnya lahirlah a new family of human yang dipanggil Anglo-Indian yang juga dikenali sebagai Eurosian.

Anglo-Indians are people who have mixed Indian and British ancestry, or people of British descent born or living in India, Pakistan, or Myanmar, now mainly historical in the latter sense. British residents in India used the term "Eurasians" for people of mixed European and Indian descent (cf. George Orwell's Burmese Days). The Oxford Dictionary's definition of "Anglo-Indian" is "Of mixed British and Indian parentage, of Indian descent but born or living in Britain, or (chiefly historical) of British descent or birth but living or having lived long in India"
(sumber mudah dapat : Wikipedia)
Baiklah daripada iolss melalut-lalut kemana hala.. lets begin.
Before that, not to be forgotten , this Suffolk House is amazingly enchanting. It brought us to the captivating views of the real British building, plus with exact and real British-styled interior. As you step-in into the area, you can feel the serenity and peacefulness of the place.

Eat.. Eat.. and Eat!! its heaven yoo...
baiklah berbekalkan reputasi sebagai Chef yang terkenal di dalam family iolss.iolss akan mengkritik dan mengomen ttg food yang disediakan pada hari dan masa tersebut.

Staters : Fish Cakes, Egg Moilege and Sweet Cucumber in Cold Yougart
Untuk starters,all three dishes are really appetizing. Fish cakes tu macam begedil but yang mendifferentkan fish cakes ni dengan begedil yang selalunya didapati kat kedai mamak ialah, ia dibuat daripada isi ikan yang sangat lembut, perapan rempah dan bahan seimbang yang mana isi ikan tidak terlalu hancur dan bahan sampingan juga masih boleh dirasai. So sape yang merasai Fish Cakes ini akan merasai tekstur hidangan tersebut. The best part of this dish, it was crispy from outside, but tender from the inside. Then for the Egg Moilege, hidangan ni also nice, tender n well boiled egg, fried and they served it with creamy curry Sauce. And last but not least untuk starters, we had a Sweet Cucumber in Cold Yogurt (ala-ala acar timun juz taruk yogurt instead of cuka). i love this one the most for the stater, simple but refreshing.

Soup : Mulligatawny Soup
i love this soup. macam mana nak cakap eh.. ok iolls nak cakap yang iolss suka dengan sup ni. Not to creamy but not to lite. it was well- balance. Bila uolss hirup sup yang sedap ini, uolss akan dapat rasai bau dan aroma herba dan kemanisan daripada bahan yang terkandung dalam soup tersebut mengigit lidah dan anak tekak uolss. dalam soup ini bukan sahaja ada lobak merah, ada celeri, ade sweet potatoes and paling penting ada epal hijau yang create a new flavour of the soup. In one simple word, the soup is FLAVOURFUL..

Main Course : Anglo Indian Chicken Curry, Shallow-Fried Fish in Coriander and Tamarind Sauce , vegetable Korma, Stirfried Indian Courgette , Fragrant Lime Rice and Tomato Chutney.
fuhhhhhhhhhhhhhh..blimey!! at the moment they served all the main courseon the table , even ada miss venezuela pakai baju kurung kaler biru di hadapan, mata iolss tetap tertumpu pada Shallow-Fried Fish in Coriander and Tamarind Sauce itteww.it was well presented, the taste of the fish brings me straight to heaven. The fish was very tender, well marinated and what can i say is, the chef manage to preserved the taste of the fish without killing the freshness of it. AWESOME! to compliment the fish, they served Fragrant Lime Rice.sERIOUSLY, nasik dia wangi wesss. Ada rasa minyak sapi and bau limau.Plus, when you eat with Stirfried Indian Courgette, hangpa akan dapat feeling2 berada di India dalam filem Jodhaa Akhbar. Stirfried Indian Courgette ni very special, u can taste the Indian styled of cooking, ada biji sawi, ada halba and rempah ratus, bau dia saja dah buat air lir uols kecur.. Begitu juga dengan Vegetable Korma, mesti baru dengar kan? Selalunya orang buat Kurma kambing, kurma ayam, but this time, kitaorg rasa kurma sayur.

Shallow-Fried Fish in Coriander and Tamarind Sauce




Stirfried Indian Courgette
Dessert : Caramel Custard, Almond Chocolate Fudge and Vanilla Ice-cream with Mangoes Puree.

tadaaaaaaaaaaa.. Dah makan sedap-sedap... mestilah kene cuci calat mulut kan.. Of-Course la the best part of having any meal, kene ade dessert or pencuci mulut. The trio dessert was the best compliment of all the starters, soup and main course. The dessert complete our journey to the world of Anglo Indian world. The Almond Chocolate Fudge was amazing. Cokelatnya sangat la smooth and sedap. the cake part also very tender,soft and well-baked. 5 stars for the cake.An the vanilla Ice cReam with the mangoes puree pun tersangatlah sedap ( balik umah ni nak blend isi mangga n makan dengan ice-cream vanila). Lastly, sebagai peminat No1 puding karamel, Caramel Custard yang dihidangkan sangatlah berbaloi untuk dinikmati.

kannnnzzz.. tengok pun dah tau sedap..
in a nutshell (hahaha.sekam sgt).. Everyone should try the Suffolk House Anglo-Indian Brunch Tiffin ini kerana uolss akan merasai makanan Anglo-Indian yang lain daripada yang lain. Sesekali why not, treat and pampered urself untuk menikmati hidangan sebegini. Bukan sahaja uolss kenyang, but uolss boleh mencabar kebolehan pada deria rasa uolss.. x payah terbang jauh-jauh pi India, this kind of food ada kat Penang darul Hotness ni. U will not only learn about food, u will learn about people and u will learn about yourself... sy sangat berbsesar hati untuk recommend people especially orang-orang yang ingin membawa client untuk berbincang tentang bisness and untuk kawan-kawan yang ingin rasakan satu istirehat yang berbeza, anda bolehlah datang ke sini. Bak motto The Suffolk House , "The full picture takes your breath away."

This is the complete set of Anglo -Indian Brunch Tiffin dishes.

Mr.Secretary is having his coffee..


Dua Bloggers meletopss.. Dua-dua sangat humble..
anda boleh menghubungi cik Melanie( she is USM graduate from School of Communication) di 04-228 3930.

More informations about Suffolk House

Visit the historic Suffolk House, Jewel in the Crown of Penang. Discover a tale of love and loss, of conspiracy and betrayal. Explore our museum rooms and heritage garden.

Enjoy a meal in our stylish restaurant. Suffolk House provides an elegant venue for wedding, social and corporate functions.
TOURS
10am - 6 pm
Self Guided RM10
Guided RM15
*discounts apply for selected entries
VENUE HIRE AND SPECIAL FUNCTIONS
Enquiries 04-228 3930
RESTAURANT
12 pm - 11 pm
Reservations 04-228 3930

*Free parking
*12 minutes from city centre

Thursday, February 2, 2012

Ulasan Anugerah Juara Lagu 26




Persembahan pembukaan

Slot kali ni menampilkan gandingan tiga lagenda seni suara tanah air , Jamal Abdillah, Awie Wings dan Datuk Sheila Majid. Gemersik suara raja Pop Jamal Abdillah mengundang sorakan dan tepukan penonton. Nyata masih berbisa aura Jamal Abdillah. Dengan susunan muzik dan elemen guruh dan kilat membuatkan penonton berteriakan.



Persembahan diteruskan dengan lagenda rock Awie yang nyata masih mempunyai ribuan peminat.  Mood konsert semakin naik ketika Awie membuat persembahan.



Munculnya Datuk Sheila Majid melengkap Trio persembahan pembukaan, namun sayang sekali bagi saya, suara ratu jazz Malaysia ini lebih sesuai dinikmati di malam gala, persembahan minggu Setiausaha dan mungkin di kelab-kelab mewah. Maaf, saya tidak dapat merasai kesinambungan persembahan awal Jamal Abdillah dan Awie pada persembahan Datuk Sheila Majid.



Projek Pistol ~ Wanita Seluruh Dunia.



Bagi saya, lagu ini sekadar penghias dalam Juara lagu kali ini, elemen rock yang cuba disampaikan tidak mampu memukau seperti lagu-lagu rock kapak pada zaman 80-an dan 90 an. Sebagai finalis yang pertama membuat persembahan, lagu ini memberi ruang pada lagu lain untuk lebih menonjol. Rasanya persembahan seperti ini boleh dinikmati di mana-mana persembahan untuk kumpulan-kumpulan rock yang seangkatan dengannya.


Jaclyn Victor ~ Sedetik Lebih



Lagu berhantu ini sepatutnya dialunkan lebih Melayu oleh Jac. Entahlah, mungkin kerana ini adalah lagu asal milik Anuar Zain membuatkan Jac perlu keluar dari bayangan Anuar. Namun persembahan Jac tidak pernah menghampakan saya. Pada mulanya saya yakin persembahan vokal terbaik milik Jac. Namun finalis-finalis seterusnya membuatkan saya kembali berteka-teki tentang keputusan. Susunan muzik untuk lagu ini di Anugerah Juara Lagu 26 juga sedikit berlainan dan sedap didengar. Jac tampil dengan busana mewah dengan perincian kristal membuatkan saya terpegun seketika. Apa pun, persembahan Jac kali ini tidak menghampakan saya. Syabas!

Atilia & Monoloque ~ Kekanda Adinda



Terlalu berlebihan. Cuba memberikan mood kampung namun kesannya tidak sampai sepenuhnya. Atilia bagus dalam penyampaian namun tidak dapat dirasai kolerasi dan chemistry di antara dia dan Monoloque. Dengan penataan cahaya, elemen visual di skrin, kedudukan pemuzik tambahan menyebabkan secara fizikalnya, persembahan ini kelihatan berselerak. Kekuatan vokal juga tidak dapat dirasai pada persembahan ini.


Yunalis Zarai ~ Gadis semasa



Tampil berseluar sendat dan berjaket dan berhud, penyanyi dan komposer yang sedang meningkat naik ini gagal memikat hati saya sebagai penonton. Entah lah, Yuna memang pencipta lagu yang bagus dan setiap lagunya ada kelainan yang tersendiri. Cuma cara nyanyiannya, bahagian mulut atau alat artikulasi seperti hidup segan mati tak mahu membuatkan saya tercari-cari apakah perkataan dan patah lirik yang disebut oleh Yuna. Hasilnya, saya menganggap persembahan dia gagal kerana saya perlu berusaha sedaya-upaya untuk mengenal pasti bait-bait lirik yang cuba disampaikan.


Suhaimi Meor Hassan, Ultimet & Ana Rafalli ~ Kalau Berpacaran



Set yang menyemakkan pandangan. Lagu nasihat era baru yang funky ini tidak berhasil pada malam AJL26 kali ini. Kesalahan besar yang dapat dikesan ialah apabila set dibina terlalu besar dan penari yang diupah untuk menyerikan suasana terlalu ramai menyebabkan berlakunya dosa ‘blocking’. Bagi yang memahami mesti tahu apa yang dimaksudkan dengan blocking, kesalahan asas yang tak sepatutnya berlaku di persembahan-persembahan pada majlis berprestij seperti AJL. Ketika sakan menari, salah seorang penari telah menghalang Ana Raffali di belakang. Selain daripada itu, trio kali ini tidak menjadi dan hambar. Tidak dapat dikenal pasti di mana yang kurang dan terlebih.


Najwa Latif ~ Cinta Muka Buku



Gadis sekolah ini membuat kejutan apabila lagu ciptaannya layak ke peringkat Akhir AJL26. Persembahan yang agak membosankan dan tidak tersusun. Props yang terlampau banyak sebenarnya tidak memberi impak pada persembahan, malah mencacatkan persembahan secara tidak langsung. Taburan belon-belon putih biru tidak memberi apa-apa kesan, malahan kalau dilihat kehadiran dua pelakon yang rasanya tak tahu langsung tentang lakonan sebagai pasangan bercinta pada persembahan kali ini dilihat sebagai satu gangguan. Kemudian ditambah dengan dua orang crew membuka kotak putih di tengah pentas juga menunjukkan ketidakbersihan pada konsep dan idea persembahan. Maaf Najwa Latiff. Cuba lagi.


Faizal Tahir ~ Karma

 

Kehadiran FT kali ini lebih tidak mencuba nyata membuahkan hasil. Faizal tampil ringkas dalam persembahan kali ini, tiada gimik air dan pelakon hebat dibawa ke tengah pentas. Sekadar piano berapi yang mengingatkan saya pada Lady Gaga. Secara peribadi, persembahan yang biasa-biasa dan selalu kita perolehi dari Faizal. Terdetik di hati saya, mungkin kekecewaan AJL tahun lalu membuatkan Faizal tampil bersih pada tahun ini. Tahniah atas tempat Ketiga.


Yunalis Zarai ~ Penakut



Sususan Stand light putih memenuhi ruang pentas dan yuna tampil anggun dalam gaun dan turban. Ramai yang menjangkakan lagu ini akan mempunyai kedudukan kali ini.Tapi bagi saya, lontaran vokal Yuna diakui semakin bagus (selepas ‘Dan Sebenarnya’ di AJL dua tahun lalu) . Namun sebutan patah kata Yuna masih mengganggu. Saya mengejar bait-bait lagu yang keciciran di dalam rongga mulut Yuna. Sayang sekali, lagu yang bagus namun apakan daya, apabila liriknya tidak sampai, saya tidak dapat menghayati kekuatan Yuna kali ini. Persembahannya pada AJL lepas melalui ‘Cinta Sempurna’ lebih berbisa.


Aizat Amdan  ~ Sungai Lui



Sayang seribu kali sayang, lagu ini mempunyai jiwanya yang tersendiri. Sehingga saya pernah terbaca di sesebuah penulisan yang berbunyi, “Ibarat Sungai Lui tanpa angklungnya”. Entah apa yang kurang dari Aizat kali ini. Mungkin gubahan baru komposisi muzik lagu Sungai Lui kali ini menyebabkan ia tersekat di mana-mana sehingga tidak sampai pada jiwa saya sebagai penonton. Penggunaan pelukis pasir nyata berbeza namun tidak digunakan dengan baik. Graf persembahan secara keseluruhan dalam persembahan ini naik turun naik turun.

Alyah ~ Kisah Hati



Persembahan yang sangat memukau! She captured me at the moment she sang the song. Ringkas, bermakna dan hebat. Kehadiran pelawak ala-ala Charlie Chaplin menunjukkan elemen ‘theatrical’ yang mudah dan mencuit hati ( saya rasa kalau pelawak ini tampil bisu dan hanya lebih menggunakan ekspresi muka dan lenggok badan sahaja persembahan akan menjadi lebih menarik). Kemudian kehadiran Alyah dengan gaun kembang yang sungguh manis dan tidak terlalu ber’volume’, tambahan dengan mekap seakan patung di atas roda musical box membuatkan saya dan penonton di stadium Putra Bukit Jalil bergegar. Komposisi dan susunan pencahayaan juga sangat membantu memberi impak pada persembahan ini. Alunan vokal yang mantap dan jelas tiap patah bait lirik lagu yang puitis membuat persembahan ini sampai terus ke dalam jiwa. Pendapat saya, inilah persembahan terbaik Alyah sepanjang saya mengenali beliau dalam arena seni suara. Yang menambah manis persembahan ini, kehadiran pelakon idaman Malaya, Remy Ishak membuatkan stadium menjadi gamat. Selayaknya mendapat persembahan terbaik. 5 bintang buat Alyah!

Hafiz AF7 ~ Awan Nano



Pertama sekali saya tabik  dengan penyanyi muda yang berbakat besar ini. Tampil segar dan lain dari yang lain. Di awal persembahan Hafiz, tayangan keratan video klip asal lagu ini membuatkan saya terfikir, “ahh, bosan la, asyik drama je Hafiz ni ”. Namun bila beliau mula menyampaikan lagu hasil garapan sifu M.Nasir dan lirikl dari Budi Hekayat ini, saya mula beranggapan yang dia akan memperoleh sesuatu malam ini. Mungkin penonton di rumah tidak menyedari berlaku kesilapan teknikal di Stadium ketika hafiz menyampaikan lagu ini. Kerana inilah saya kagum dengan anak muda ini, dia teruskan persembahan tanpa menghiraukan gangguan pada speaker di bahagian atas. Hafiz fokus dan tenang mengalunkan Awan Nano. Siapa sangka, walau menghadapi masalah yang tidak dijangka, Vokal terbaik dan Juara Keseluruhan milik Hafiz menerusi lagu Awan Nano.


Ning Baizura, Shila Hamzah & Jaclyn Victor ~ Beribu Sesalan



Persembahan finalis yang terakhir pada AJL26. Memang persembahan yang dinanti-nantikan. Ternyata trio 3 Suara ini tidak mendukacitakan saya. Saya rasa saya sangat berpuas hati dengan lontaran vokal Ning kali ini ( tidak seperti ketika menyampaikan lagu Awan Yang Terpilu di AJL beberapa tahun lalu). Ning tampil lebih yakin dan tenang membuatkan keunikan suara Ning dapat dinikmati sepenuhnya. Begitu juga dengan kelunakan suara Shila Hamzah dan Jac. Gubahan muzik yang sedap dan lontaran vokal yang seimbang ketiga-tiga penyanyi ini membuatkan persembahan kali ini menjadi. Pada saya, mereka bijak dengan membawa keunikan dan kekuatan vokal masing-masing untuk dipersembahkan pada AJL kali ini. Tidak terlalu berlebih-lebihan. As usual, Less is More. Tahniah atas kemenangan sebagai Naib Juara AJL26.


Persembahan penutup



Tribute to Sudirman Haji Arshad yang menampilkan tiga penyanyi lelaki yang mempunyai kelebihan vokal masing-masing. Persembahan dimulakan dengan Black dengan Basikal tua, kemudian kehadiran Hazama dengan Balik Kampung dan Azlan & The Typewriter  dengan Chow Kit Road. Disusuli dengan Salam Terakhir oleh ketiga-tiga penyanyi. Maaf.Gangguan teknikal berlanjutan sehingga ke saat persembahan penutup membuatkan saya yang berada di kerusi penonton ( aras 4) tidak dapat merasai kehebatan penutupan AJL26 kali ini.

Secara peribadi , saya rasa Kisah Hati layak diangkat sebagai Juara Lagu melalui persembahan yang padu dan kemas. Lontaran vokal yang lebih menyengat, persembahan yang kemas, susunan muzik yang bagus, penataan pencahayaan yang memberi impak yang sangat berkesan sepatutnya menjadikan Alyah sebagai Juara pada AJL kali ini. Manakala, selayaknya Beribu Sesalan di tangga yang kedua kerana mereka juga memberi persembahan yang bagus dan menakjubkan. Keunikan dan kekuatan vokal dan penyampaian 3 suara dialunkan dengan penuh seimbang. Untuk tempat ketiga bagi saya, Sedetik lebih layak menjulang piala. Walaupun tidak dialunkan oleh ANuar Zain, kekuatan lagu ini terletak pada arrangement music dan liriknya yang puitis.

Secara keseluruhannya, pihak penganjur berusaha sebaik mungkin cuba membuat kelainan pada AJL26 kali ini. Mungkin tidak mahu kontroversi pada AJL yang lalu menjadi sekali lagi pada kali ini. Apa yang berbeza tahun ini, penggunaan air hujan tiruan di depan pentas menjadikan elemen air sampai kepada penonton. Saya kurang pasti kesan hujan tiruan melalui kaca TV, namun kesannya menjadi ketika saya menonton secara langsung. Gandingan Faizal Ismail dan Cheryl Samad menjadi walaupun ketiadaan Ally Iskandar. Malah lebih kemas apabila hanya bersiaran di dua spot atau tempat sahaja. Malahan , penggunaan sistem penjurian baru juga menunjukkan penganjur cuba melakukan sesuatu agar tidak terjatuh di ‘lubang’ yang sama lagi.  Saya kira banyak yang dilakukan oleh pihak penganjur demi menjaga rating rancangan ini.